CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4568|Reply: 0

[Sarawak] Dua lelaki disyaki edar dadah diberkas

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:54 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di kawasan Park City, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, dalam Ops Bersepadu yang dijalankan itu, kedua-dua suspek berumur 25 tahun yang dalam keadaan mencurigakan itu ditahan di kawasan Park City.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis berjaya merampas dadah jenis serbuk ekstasi yang dianggarkan seberat 134 gram, pil ekstasi seberat 2.7 gram dan ketamin seberat 1.6 gram.

"Turut disita ialah sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna hitam," jelas beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Nixon, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati dadah yang dirampas dipercayai untuk diedarkan di kawasan pusat hiburan sekitar Bintulu yang boleh digunakan untuk 40 hingga 50 orang penagih," katanya lagi.

Kedua-dua suspek katanya akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana jika disabit salah boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Sekiranya didapati salah memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, suspek berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup atau penjara  tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10kali.

Manakala jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen15(1)ADB 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih RM5, 000 atau penjara tidak lebih 2 tahun termasuk di bawah pengawasan selama 2 tahun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.076035 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list