CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4081|Reply: 0

[Sarawak] https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/25/pembangunan-di-sebauh-dilaksana-secara-berperingkat

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:06 AM | Show all posts |Read mode
Nursyawalizan tetapkan sasaran 30 pasang, bagaimanapun terima lebih daripada 50 pasang tempahan kali ini



Nursyawalizan sedang menjahit baju raya yang ditempah oleh pelanggannya.

“Sebenarnya ada lagi tempahan daripada pelanggan tetapi terpaksa ditolak oleh saya kerana bimbang tidak mampu menyiapkan sebelum Aidilfitri.”

Nursyawalizan Julihi
Tukang jahit

Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kurang daripada dua minggu lagi, masyarakat Islam bakal meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam tempoh ini pastinya masyarakat Islam sedang sibuk melakukan persiapan bagi menyambut hari tersebut.

Ketika orang lain sedang sibuk membuat biskut, kek, menghias rumah dan sebagainya, tukang jahit, Nursyawalizan Julihi, 31, sedang sibuk menyiapkan tempahan baju raya daripada pelanggan.

Nursyawalizan berkata, tempahan baju raya dibuka kepada pelanggan pada bulan Januari lepas.

Katanya dia menetapkan sasaran 30 pasang sahaja, bagaimanapun menerima lebih daripada 50 pasang tempahan untuk Aidilfitri kali ini.

“Sebenarnya ada lagi tempahan daripada pelanggan tetapi terpaksa ditolak oleh saya kerana bimbang tidak mampu menyiapkan sebelum Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di premis perniagaannya, Nononess Creation di Pasar Komuniti Stutong di sini hari ini.


Nursyawalizan sedang menyukat kain tempahan baju raya daripada pelanggannya.

Berasal dari Kampung Tabuan Melayu di sini, Nursyawalizan merupakan pelatih GIATMARA Kota Samarahan sebelum memulakan perniagaan dalam bidang jahitan pada 2018.

Tambah Nursyawalizan, dalam sehari dia dapat menyiapkan empat hingga lima pasang baju dengan bantuan empat rakan sekerjanya.

Baju yang biasa ditempah oleh pelanggan terdiri daripada baju kurung tradisional, baju kurung berfesyen dan baju Melayu bagi pelanggan lelaki.

Kerja-kerja jahitan katanya bermula dari jam 7 pagi hingga 6 petang dan upah jahit sepasang baju antara RM95 dan ke atas mengikut fesyen pilihan pelanggan.


Nursyawalizan menunjukkan antara baju raya yang telah siap dijahit untuk pelanggannya.  



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.081080 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list