CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4030|Reply: 0

[Sarawak] 80 individu ditahan kerana serah akaun untuk tujuan penipuan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:13 AM | Show all posts |Read mode


Zulkipli memotong kek simbolik sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di IPD Sibu hari ini.

SIBU: Seramai 80 individu ditahan dalam tempoh Januari hingga 25 Mac atas dakwaan kesalahan penyerahan akaun untuk tujuan penipuan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, daripada jumlah itu seramai 25 orang adalah pemilik akaun berasal dari negeri ini.

Katanya, semua mereka telah didakwa di makhamah berhubung kesalahan tersebut.

"Penyerahan akaun kepada pihak tidak berwajib bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi memberi peluang penjenayah melakukan aktiviti jenayah yang merugikan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sini hari ini.

Zulkipli menjelaskan kerjasama masyarakat amat penting dalam usaha melawan penipuan dalam talian.

"Kami menggalakkan masyarakat berhati-hati dan tidak menyerahkan maklumat akaun peribadi kepada orang lain.


"Tindakan itu boleh membawa kepada penyalahgunaan maklumat peribadi dan menyebabkan kerugian besar," jelasnya.

Zulkipli turut menjelaskan bahawa polis terus memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu terlibat dalam penyalahgunaan maklumat peribadi.

"Masyarakat juga digalakkan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah dan melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.206386 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list