CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3909|Reply: 0

[Sarawak] Dua pengedar dadah ditahan, dadah bernilai RM394,000 dirampas

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:17 AM | Show all posts |Read mode


Mancha menunjukkan hasil rampasan dadah dan barangan mencuci dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki pengedar selain merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM394,000 dalam satu serbuan yang dilaksanakan di sebuah apartmen di Batu Kawa di sini pada Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, serbuan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak sekitar jam 4.30 petang.

Menurutnya, pihaknya telah menyerbu sebuah apartmen yang disyaki digunakan sebagai makmal 'pencuci' dadah untuk meningkatkan kualiti dan pasaran dadah terbabit.

"Dalam sebuan itu, dua lelaki tempatan berumur 26 dan 29 tahun berjaya ditangkap dan polis merampas 11,900 gram dadah syabu dan 66 gram dadah jenis ketamin yang dianggarkan bernilai RM394,000.

"Kesemua dadah yang dirampas itu untuk diedar di sekitar kawasan Kuching dan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 59,632 penagih," katanya pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Jalan Badruddin, di sini, hari ini.

Mancha berkata, modus operandi yang digunakan suspek itu adalah dengan mendapatkan bekalan dari Semenanjung Malaysia.

"Suspek akan mengedar dadah di sekitar Kuching dan daerah berhampiran mengikut permintaan pelanggan.

"Kedua-dua suspek juga akan menerima upah antara RM10,000 hingga RM25,000," jelasnya sambil menambah, siasatan awal mendapati suspek bergiat dengan sindiket pengedaran dadah itu sejak tahun 2022.

Mengenai apartmen itu, polis mengesyaki ia dijadikan sebagai makmal untuk mencuci dadah yang pertama ditemui di negeri ini bagi tujuan meningkatkan kualiti dadah.

"Ini kerana, sebanyak 22 peralatan yang dipercayai untuk mencuci dadah tersebut dijumpai di rumah berkenaan," ujarnya.

Mancha menjelaskan, ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 29 tahun positif dadah manakala seorang lagi negatif.

Jelasnya, semakan juga mendapati hanya suspek berusia 29 tahun memiliki rekod lampau berkaitan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama.

Pada masa yang sama, polis telah menyita harta milik kedua-dua suspek iaitu sebuah kereta, seutas rantai emas dan sebuah beg silang yang keseluruhannya bernilai RM62,345.60.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 30 Mac ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B ABD 1952 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sehingga 12 sebatan," katanya.

Untuk rekod, dalam tempoh Januari hingga 24 Mac tahun ini, seramai 2,887 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Sarawak termasuk 169 adalah pengedar (tokan) dadah.

"Pelbagai jenis dadah yang bernilai RM9.2 juta dan harta milik ahli sindiket pengedaran bernilai RM1.4 juta disita," jelasnya.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintenden Maria Rasid dan pegawai yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062106 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list