CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3542|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki kendali mesin perjudian dalam talian dipenjara empat bulan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:31 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki dari Sambas, Indonesia dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengendalikan sebuah mesin perjudian dalam talian, Februari lalu.

Dino, 25, membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Seksyen berkenaan membawa hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 bagi setiap mesin judi dirampas dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukan kesalahan tersebut sekitar jam 2.15 petang di sebuah premis kedai di Jalan Semarak, Petra Jaya di sini pada 5 Februari 2024.

Mengikut keterangan kes sepasukan polis menangkap tertuduh yang sedang berada di depan kaunter dalam kedai tersebut pada hari kejadian susulan disyaki menjalankan aktiviti penjualan tambah nilai judi dalam talian dengan menggunakan sebuah telefon pintar.

Hasil pemeriksaan ke atas telefon pintar yang digunakan tertuduh juga menunjukkan terdapat kegiatan tambah nilai judi dalam talian.

Malah, Laporan Pakar Judi mengesahkan telefon pintar tersebut merupakan mesin judi di bawah tafsiran Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Turut dirampas adalah wang tunai RM81.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.083747 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list