CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7327|Reply: 1

[Johor] Kemalangan babitkan 12 kenderaan

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 09:20 AM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN membabitkan 12 kenderaan di Kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling. FOTO media sosial

Johor Bahru: Tiga pemandu kenderaan termasuk dua perempuan dan seorang lelaki mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia antara 20-an hingga 60-an yang mengalami kecederaan ringan di bahagian wajah itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, kejadian membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah treler, tiga lori dan lapan kereta di laluan menghala ke Perling.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Mercedes Benz dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20-an mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kanan.


Katanya, ia menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an yang memandu treler tidak dapat mengelak hingga merempuh kereta itu sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh 10 kenderaan yang sedang berhenti di laluan itu.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis memohon saksi awam yang melihat kejadian supaya tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122," katanya menerusi kenyataan media

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bitkan-12-kenderaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 01:15 PM | Show all posts
Nasib baik tiada berlakunya kehilangan jiwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.066296 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list