CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5881|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Nasi kerabu berulat bukan di Bazar Ramadan Dataran Kuala Pilah - MDKP

[Copy link]
Post time 26-3-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode

VIDEO tular yang memaparkan nasi kerabu berulat.

Seremban: Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) menafikan dakwaan juadah nasi kerabu berulat berlaku di Bazar Ramadan Dataran Melang, Kuala Pilah seperti yang tular menerusi media sosial.

Yang Dipertua MDKP Mohd Faizal Abd Manap berkata, hasil siasatan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah di bazar itu mendapati terdapat empat lot berdaftar bagi jualan nasi kerabu dan hanya dua lot sahaja digunakan untuk berniaga oleh peniaga yang sama.

"Hasil pemeriksaan mendapati masakan dijual adalah baru dan tiada kesan makanan lama digoreng semula. Bungkusan makanan digunakan oleh peniaga ini juga berbeza daripada yang ditularkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu video tular sejak semalam yang memaparkan nasi kerabu berulat di lokasi nasi kerabu Bazar Ramadan Kuala Pilah bersebelahan McDonald's.


Menurut Mohd Faizal MDKP ada menghubungi pengadu berkenaan, namun tiada maklum balas dan dikhuatiri aduan terbabit bersifat fitnah atau berkemungkinan nasi kerabu itu dibeli di bazar lain.

Beliau sehubungan itu mengingatkan orang ramai berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial tanpa ada sumber yang sah dan bukti mencukupi.

"Tindakan undang-undang akan dikenakan atas perkara yang mengundang fitnah. Sekiranya terdapat aduan berkenaan makanan dan harga yang dikenakan peniaga di bazar, salur maklumat yang tepat kepada MDKP berserta tarikh dan nombor kedai untuk tindakan selanjutnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-kuala-pilah-mdkp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.048845 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list