CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8486|Reply: 0

[Terengganu] Penghafaz al- Quran pelajar cemerlang STAM Terengganu

[Copy link]
Post time 26-3-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Nik Abdullah Hanif (empat dari kanan) bersama pelajar cemerlang STAM Terengganu lain di SMAASZA, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penghafaz al- Quran muncul pelajar terbaik Terengganu peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 yang diumumkan hari ini.

Nik Abdullah Hanif Nik Mohd Akbari, 19, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) memperolehi sembilan Mumtaz dan satu Jayyid Jiddan.

Beliau berkata, amalan istiqamah dalam mengulangkaji pelajaran serta
menjaga hubungan baik dengan keluarga, guru serta rakan-rakan rahsia kecemerlangannya.

“Setiap kali rasa hampir putus asa dalam pelajaran saya akan menghubungi ibu, Mariam Jameelah Ishak, 40, untuk meminta doanya dan kata-kata semangat untuk saya.

“Selain itu, saya juga membaca al-Quran sebagai terapi buat setiap kali berdepan kesukaran dalam pelajaran,” katanya di SMAASZA di sini hari ini.

Nik Abdullah Hanif merupakan salah seorang daripada tujuh pelajar cemerlang STAM Terengganu yang diumumkam Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong.

Pada tahun ini, Nilai Gred Purata Negeri Terengganu dalam STAM ialah 2.79 mengatasi Nilai Gred Purata Kebangsaan 3.09.

Nik Abdullah Hanif memberitahu, dia juga sering berjumpa guru untuk bertanyakan soalan selain berbincang dengan kawan-kawan dalam pelajaran. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ng-stam-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.972134 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list