CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8904|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kastam rampas dadah methaphetamine bernilai RM12.54 juta

[Copy link]
Post time 26-3-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI (tengah) menunjukkan dadah seberat 380 kilogram yang bernilai hampir RM12.54 juta pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM. FOTO Azrul Edham

Nilai: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyalahgunakan maklumat syarikat pengeluar cakera keras dan mengisytiharkannya sebagai cakera keras magnetik untuk mengeksport bahan terlarang itu ke luar negara.

Bagaimanapun modus operandi itu tidak berjaya apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket berkenaan dengan merampas dadah jenis methaphetamine seberat 380 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM12.54 juta, 20 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata, dadah itu dipercayai dari kawasan Segi Tiga Emas dan akan dieksport ke Sydney, Australia.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita satu 'pallet' mengandungi 40 kotak di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.30 malam, 20 Mac lalu.


"Hasil pemeriksaan mendapati 32 kotak itu mengandungi bungkusan teh herba Cina berisi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya jenis methaphetamine dengan berat kasar 380 kg dianggarkan bernilai RM12.54 juta," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ia dihantar dari Kompleks Kargo Udara Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Mac lalu ke Kompleks Kargo Udara KLIA.

"Ia dihantar ke KLIA menerusi laluan darat menggunakan lori dan tiba pada 19 Mac lalu. Ia dipercayai akan dieksport ke Sydney menggunakan laluan udara.

"Ia diikrarkan sebagai cakera keras magnetik. Maklumat pengeksport dagangan memang wujud iaitu syarikat pembuat cakera keras di Kulim, Kedah disyaki disalahguna pihak sindiket ini," katanya.

Sazali berkata, terdapat cop biru berbentuk kristal dan kod bar pada bungkusan berkenaan, namun tidak diketahui fungsinya.

"Kami percaya dadah ini dari negara Segi Tiga Emas dan ditransit ke negara ini sebelum dieksport ke Australia. Setakat ini tiada tangkapan dibuat berkait kes itu," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ernilai-rm1254-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.060173 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list