CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7630|Reply: 0

[Terengganu] 500 bubur lambuk licin tak sampai satu jam

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode
500 bubur lambuk licin tak sampai satu jam

OlehNORHASPIDA YATIM

26 Mac 2024 08:41am




Syarikat teksi e-hailing antarabangsa Maxim melakukan agihan bubur lambuk percuma di Masjid Abidin di Kuala Terengganu.




KUALA TERENGGANU - Agihan bubur lambuk percuma sempena Ramadan kali ini terus mendapat sambutan apabila 500 bekas habis diedarkan dalam tempoh hampir satu jam.

Proses agihan itu dilakukan oleh syarikat teksi e-hailing antarabangsa Maxim di Masjid Abidin di sini, baru-baru ini.



Ketua Bahagian Maxim Terengganu, Ammar Aziz berkata, agihan itu bertujuan untuk berkongsi semangat dan kegembiraan pada Ramadan yang penuh keberkatan ini.

“Bagi memastikan semangat Ramadan terus bersinar, Maxim menganjurkan pengagihan makanan untuk membantu mereka yang memerlukan dan untuk terus membina hubungan mesra dengan masyarakat.



"Kita mengedarkan 500 pek bubur lambuk sekitar jam 6 petang hingga 7 malam untuk mereka yang datang ke masjid.

"Mereka juga diberikan kalendar Islam sebagai merujuk waktu imsak dan berbuka puasa," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Jelas beliau, program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membentuk keharmonian dalam kalangan masyarakat.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Abidin dan kepada mereka yang terlibat semasa pengagihan makanan.




"Kita harap dengan perkongsian ini ia sedikit sebanyak memberi kegembiraan dan makna kepada mereka," ujarnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052781 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list