CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6239|Reply: 0

[Sabah] KePKAS akan bantu promosi TRL Lahad Datu

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode


PENGHARGAAN: Christina (dua kiri) menerima cenderahati daripada rombongan itu.

KOTA  KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan mempromosikan Tabin Rainforest Lodge (TRL), Lahad Datu yang baharu diwujudkan.

Menterinya Datuk Christina Liew memberikan jaminan itu ketika menerima kunjungan hormat daripada Pengusaha TRL, Borneo Eco Tours (BET) di sini baru-baru ini.
Katanya, usaha promosi itu akan dilakukan Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

"Kemudahan penginapan bertaraf tinggi serta dikelilingi persekitaran hutan yang indah, boleh menjadi satu lagi destinasi pelancongan di Sabah.

"Destinasi ini sudah pasti akan menarik minat pelancong untuk melihat keindahan alam sekitar, haiwan seperti burung dan banyak lagi," katanya.

Beliau berkata, pengembara Eropah khususnya sangat berminat dengan destinasi pelancongan berbentuk alam sekitar yang cantik dengan kepelbagaian biodiversiti.
Katanya, lokasi berkenaan sangat sesuai untuk aktiviti seperti mendaki, melihat burung dan berkhemah.

Christina berkata, lokasi berkenaan juga hanya bersebelahan dengan Tabin Wildlife Reserve. TRL boleh dicapai hanya dengan perjalanan dua jam dari bandar Lahad Datu.

Beliau mencadangkan agar TRL untuk diperkenalkan di ITB Berlin, iaitu pameran perdagangan pelancongan terbesar di dunia. TRL juga akan dibawa ke World Travel Market (WTM), London.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan TRL, Albert Teo juga menjemput Christina untuk merasmikan pelancaran TRL.

Albert ketika memaklumkan kepada Christina, pihaknya komited untuk memeliharan persekitaran, memperkasakan komuniti tempatan dan menyokong penuh usaha kerajaan memulihara hidupan liar serta alam sekitar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047989 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list