CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6247|Reply: 0

[Sabah] Geng Yan tumpas, polis selesai 29 kes pecah rumah

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:30 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: Mohd Zaidi semasa memberikan sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah yang dikenali dengan Geng Yan selepas aktif menjalankan kes pecah rumah sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, polis juga berjaya menyelesaikan 29 kes pecah rumah membabitkan kecurian peti besi serta kenderaan.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menjalankan serbuan di Manggatal kira-kira jam 11 pagi hingga 3 petang 12 Mac lalu sebelum menahan dua penjenayah dikehendaki dalam kes pecah rumah di daerah ini.

“Salah seorang suspek yang ditahan adalah individu yang dikehendaki dalam satu kes pecah pejabat firma guaman pada 24 Februari lalu.

“Siasatan juga mendapati, cap cari suspek berpadanan dengan cap jari yang dikesan di tempat kejadian,” katanya semasa sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek mendedahkan terlibat dalam 15 kes pecah rumah serta curi di daerah ini  manakala satu kes lagi Kota Marudu.

“Suspek juga mengaku melakukan jenayah terbabit dalam tempoh lima bulan dengan melibatkan kerugian sehingga RM353,240 dan kehilangan wang tunai sebanyak RM283,188.

“Hasil ujian urin juga mendapati kedua-dua suspek yang positif penyalahgunaan dadah serta mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan kes dadah, kes pecah rumah, kes ceroboh, kes curi dan kes perjudian,” katanya.

Tambahnya, polis juga berjaya merampas semula beberapa barang kes yang terlibat antaranya dua buah peti besi, tiga buah pintu peti besi yang dirosakkan, tiga buah kenderaan pacuan empat roda, telefon bimbit dan tab hasil siasatan terhadap kes ini.

“Turut dirampas lima utas jam tangan berjenama, dua buah komputer riba, televisyen, beberapa keping resit pembelian emas, 64 keping wang asing palsu serta barang-barang lain yang dipercayai hasil kegiatan jenayah yang dijalankan oleh kumpulan ini.

“Siasatan mendapati, modus operandi kumpulan ini adalah dengan memecah masuk rumah atau pejabat yang tidak berpenghuni dan masuk melalui pintu utama dengan mengumpil menggunakan benda keras sebelum mencuri barang berharga serta melarikan kenderaan mangsa,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, dengan tertangkapnya lima suspek termasuk ketua dan ahli kumpulan ini, IPD Kota Kinabalu berjaya menyelesaikan 29 kes di daerah ini.
“Empat suspek yang ditangkap kini masih dalam tahanan reman sehingga 31 mac depan untuk siasatan lanjut.

“Seorang lagi suspek sudah menjalani hukuman penjara setelah disabitkan dengan empat kes jenayah pecah rumah,” katanya.

Menurutnya, polis juga giat mengesan seorang lagi rakan kumpulan ini yang masih bebas yang dikenali Adzirul Syamil Kamarudin atau menggunakan nama panggilan ‘Joy’.

“Kita percaya suspek akan diberkas dalam masa terdekat dan polis juga akan melaksanakan siasatan berkualiti dan terperinci bagi memastikan semua suspek terlibat didakwa di mahkamah dan mendapat hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list