CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6266|Reply: 0

[Sabah] 50 tangkapan babitkan nilai lebih RM4.5 juta dalam seminggu Ops Khas Pagar Laut

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan 50 kes tangkapan pelbagai kesalahan dalam tempoh seminggu pelaksanaan Op Khas Pagar Laut 1/2024 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kes tangkapan berkenaan membabitkan nilai lebih RM4.5 juta.

"Kes-kes tangkapan adalah bagi kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

"Daripada jumlah yang dinyatakan, Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 16 kes tangkapan dengan nilai rampasan hampir RM400,000 mengikut undang-undang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjaun OP Khas Pagar Laut 1/2024 di perairan Kota Kinabalu di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik dan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Ferdaus.

Bercakap lanjut Hamid berkata, operasi ini diaktifkan semula di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya di kawasan titik panas (Hotspot) pada bulan Ramadan dan Syawal.  

"Operasi khas ini dilaksanakan dalam empat fasa iaitu bermula fasa pertama iaitu persediaan termasuk pengumpulan maklumat dan siap siaga aset pada 12 hingga 17 Mac depan diikuti fasa kedua iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan pada 18 Mac hingga 1 April.

"Fasa ketiga merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan pada 2 hingga 16 April diikuti Fasa keempat iaitu penguatkuasaan selepas perayaan yang akan dilaksana pada 17 hingga 30 April," katanya.

Dalam pada itu, Hamid berkata, kejayaan yang dicatatkan adalah bukti pegawai dan anggota agensi ini melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan komitmen tinggi serta berintegriti.  

Beliau menyeru supaya seluruh warga Maritim Malaysia meneruskan momentum berkenaan agar tanggungjawab ini terus mendapat kepercayaan kerajaan seterusnya keselamatan dan ketenteraman rakyat terjaga khususnya ketika menjelang lebaran nanti.  

Pada sesi tinjuaan itu, Hamid turut menyampaikan bingkisan raya kepada warga Kapal Maritim (KM) Arau melalui Pegawai Memerintahnya Kepten Maritim Solehudin Zakaria serta pegawai-pegawai

memerintah Kapal Maritim yang menjalankan operasi berkenaan di Sabah.


TURUN PADANG: Hamid semasa mengadakan tinjaun OP Khas Pagar Laut 1/2024 di perairan Kota Kinabalu di sini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.051211 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list