CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1797|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia gagalkan penyeludupan masuk dadah di perairan Kudat

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:02 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Dadah yang dirampas semasa operasi terbabit.

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya merampas sembilan paket dadah jenis methamphetamine yang cuba dibawa masuk di kawasan perairan Kudat dalam satu operasi di sini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak dengan maklumat risikan diterima, bot ronda Zon Maritim Kudat yang sedang melaksanakan rondaan Op Khas Pagar Lait 1/2024 di sekitar perairan Kudat digerakkan ke lokasi sekitar jam 4.30 pagi.

“Pasukan serbuan kemudian mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan sebaik tiba di lokasi iaitu kira-kira 0.2 batu nautika timur Pulau Bankawan, Banggi.

“Semasa menghampiri bot terbabit, bot berkenaan memecut laju secara tiba-tiba dan melarikan diri ke kawasan cetek hutan paya bakau berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, kira-kira jam 4.50 pagi kemudian, pasukan serbuan menemukan sebuah bot jenis pam berwarna biru tanpa nombor pendaftaran tanpa penumpang dipercayai bot suspek yang ditinggalkan.

Tambahnya, suspek dipercayai terjun ke laut melarikan diri di kawasan hutan bakau.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bot terbabit menemukan sembilan paket lutsinar disyaki dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 400 gram dipercayai cuba dibawa masuk ke kawasan daratan.

“Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM50 ribu seterusnya dibawa masuk ke Jeti Marina Kudat dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau juga meminta masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Kudat membantu pihak agensi untuk melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Maritim Malaysia dengan menghubungi talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.367361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list