CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 0

[Sarawak] MySaveFood Ramadan di Keningau, kumpul hampir 100 kilogram lebihan makanan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-3-2024 01:06 PM



TINJAUAN: Georgie (tengah) bergambar bersama pegawai dan pelajar GCK yang terlibat menjayakan Program Malaysia Save Food Ramadan 2024 di Keningau.

KENINGAU: Sebanyak 99.48 kilogram (kg) pelbagai jenis lebihan makanan dan minuman dari bazar Ramadan berjaya dikumpulkan sempena Program Malaysia Save Food Ramadan 2024 di sini.

Program berkenaan dijalankan oleh sukarelawan Gerakan Pengguna Siswa Geomatika College Keningau (GCK) dengan kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia.

Dalam kenyataan KPDN Negeri Sabah hari ini, lebihan makanan dan minuman yang berjaya dikumpul oleh gerakan sukarelawan itu diagihkan ke Pusat Tahfiz Anak-Anak Yatim Ar Rahmah Keningau dan juga pelajar asrama GCK.

Jumlah lebihan makanan yang berjaya dikumpulkan itu diperoleh pada hari pertama program dijalankan.

Program Malaysia Save Food Ramadan 2024 atau dikenali sebagai MySaveFood Ramadan 2024 bertujuan memupuk dan membudayakan sistem pengurusan lebihan makanan yang lebih berkesan dalam usaha mengurangkan pembaziran lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Usaha seperti itu turut diharap dapat disebar luas ke daerah lain dalam mengurangkan lebihan makanan dan sisa khususnya di Sabah.

Sementara itu, Pengarah KPDN Negeri Sabah Georgie Abas turut membuat tinjauan semasa program itu dilaksanakan.

Pada masa sama, beliau meninjau pelaksanaan kaedah pembayaran tanpa tunai atau 'e-wallet' dalam kalangan peniaga bazar Ramadan.

Hasil tinjauan mendapati sekitar 98 peratus peniaga menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

Turut hadir pada sesi lawatan dan tinjauan bazar Ramadan termasuklah Timbalan Presiden II GCK Creastysia Cyrnus; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar GCK Nur Asnie Jubilin; Ketua Cawangan KPDN Daerah Keningau Awang Azri Biahi;  dan Penasihat GPS GCK Lazio Jiun.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055113 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list