CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3849|Reply: 0

[Sabah] Konvoi Jelajah Ramadan Radio RTM Sabah santuni golongan memerlukan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:19 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Peserta konvoi ketika melawat dan menyampaikan sumbangan di Rumah Warga Tua Air Panas Tawau.

TAWAU: Buat julung kalinya, Konvoi Jelajah Ramadan Radio RTM Sabah akan menjelajah sejauh 1,183 kilometer ke beberapa daerah untuk menyantuni golongan yang memerlukan sempena Bulan Ramadan tahun ini bermula 25 hingga 27 Mac 2024.

Dijangkakan lebih 500 orang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim, warga emas dan ibu tunggal akan menerima sumbangan yang disampaikan sepanjang konvoi tersebut.

Jelajah Ramadan yang merupakan program tonggak saluran radio RTM yang memasuki edisi ke-12 telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Terpanjang Di Malaysia meliputi pelaksaan 38 aktiviti di seluruh negara.

Konvoi seramai 26 peserta tersebut turut disertai para penyampai stesen radio SABAHfm, SABAHVfm, KENINGAUfm, TAWAUfm dan SANDAKANfm, selain pihak pengurusan RTM Sabah yang diketuai Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim.

Majlis Flag Off Konvoi Jelajah Ramadan Radio RTM Sabah akan diadakan pada 25 Mac 2024 bertempat di Stesen Minyak PETRON Ulam South Kota Kinabalu bermula pukul 9.00 pagi.

PETRON merupakan penaja utama untuk Jelajah Ramadan RTM 2024. Sebelum ini, Jelajah Ramadan peringkat ibu pejabat telah dilancarkan di Kuala Berang, Terengganu pada 10 Mac lepas yang turut melibatkan penyertaan 34 stesen radio RTM seluruh negara dan dijangka akan berakhir di Johor pada 30 Mac 2024.

Hari pertama konvoi akan singgah ke dua lokasi iaitu Madrasah Darul Hadis Sabah di Putatan dan Rumah Warga Tua Sri Prichard, Kinarut untuk menyantuni penghuni dan seterusnya menyerahkan sumbangan daripada rakan strategik, sebelum konvoi meneruskan jelajah ke daerah Keningau.

Di Keningau, Jelajah Ramadan diteruskan dengan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur Kodop di beberapa lokasi terpilih termasuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dan Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pada sebelah petangnya, diadakan majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di Masjid Al-Dzilal, Kampung Bayangan.

Sementara itu, aktiviti Jelajah Ramadan di Tawau yang dijadualkan pada 26 Mac akan bermula di sebelah petang sebaik ketibaan rombongan yang akan melalui laluan sejauh 346 kilometer merentasi daerah Keningau, Nabawan, Kalabakan, Merotai dan Tawau.

Jelajah Ramadan di Tawau akan berlangsung di Masjid Nurul Hikmah, Kampung Blok 31, Balung untuk majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan di Rumah Warga Emas Tawau daripada rakan strategik.

Seterusnya konvoi akan bergerak ke daerah Sandakan pada 27 Mac yang merupakan lokasi penutupan dan acara kemuncak Jelajah Ramadan.

Pelbagai pengisian telah disusun atur di Sandakan antaranya, majlis penutupan dan penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf, memasak bubur lambuk serta pengagihan pek berbuka secara ‘drive thru’ kepada penduduk sekitar Masjid Daerah Sandakan.

RTM Sabah turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik untuk Jelajah Ramadan Radio RTM Sabah 2024 ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048032 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list