CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5652|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup keluar barang kawalan gagal

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:21 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua barang kawalan yang dirampas di bawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk tindakan lanjut.

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar pelbagai barangan termasuk barang kawalan di perairan Felda Sahabat, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pasukan Maritim Malaysia mengesan pergerakan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata, pihaknya bertindak mengejar dan memintas bot berkenaan untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, ketika dihampiri, juragan bot terbabit mengubah haluan ke arah daratan berhampiran dan bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pasukan Maritim Malaysia menemukan 612 kilogram minyak masak, 108 paket tepung gandum dan 192 botol minyak wangi disyaki cuba dibawa keluar ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua barang kawalan termasuk bot dan dua enjin pam yang dianggarkan bernilai RM20,000 itu dirampas dan dibawa ke Pos Maritim Felda Sahabat untuk tindakan lanjut.

Dr. Suzanna berkata, kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi dijangka akan lebih aktif ketika bulan Ramadan dan Syawal berikutan permintaan yang lebih tinggi.

Katanya, rampasan kali ini adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di Zon Maritim Lahad Datu melibatkan barang kawalan.

“Justeru, Zon Maritim Lahad Datu akan mempertingkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot terutama yang berada di lokasi titik panas di perairan ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.084008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list