CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5844|Reply: 0

[Sabah] Pastikan kemudahan awam sentiasa berada tahap terbaik

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-3-2024 01:33 PM



CHIN

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) menggesa kerajaan tempatan agar memastikan infrastruktur awam sentiasa diselenggara agar kemudahan itu berfungsi pada tahap terbaik.

Ketua Biro Aduan Awam LDP, Chin Vun Pheaw berkata, infrastruktur awam adalah kemudahan yang digunakan bagi memperkasakan standard kehidupan rakyat, atau dibina sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan tempatan.

Katanya, kerosakan kemudahan awam boleh mendatangkan impak negatif kepada rakyat.

"Sebagai contohnya, pihak berwajib perlu melaksanakan tugasan penyelenggaraan secara berkala terhadap sistem perparitan di kawasan perumahan dan komersial.

"Biro ini telah menerima pelbagai aduan mengenai sistem perparitan yang tersumbat di kawasan kedai Lintas Square di sini, yang mana masalah itu masih belum diselesaikan walaupun jabatan berkaitan telah menghantar kakitangan untuk membersihkan parit berkenaan sebelum ini.

"Pengusaha kedai telah menyampaikan aduan berkenaan kepada pihak berwajib di sini beberapa kali, bahawa bau busuk dari parit berkenaan telah mendatangkan impak negatif terhadap perniagaan mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berharap pihak berwajib boleh menyelesaikan masalah itu secara tuntas kerana ia menjejaskan komuniti peniaga serta orang awam.

Pada masa sama katanya, pengusaha kedai dan orang awam di kawasan berkenaan juga dinasihatkan agar tidak sesuka hati membuang sisa serta sampah ke dalam parit bagi mengelakkan daripada tersumbat yang akhirnya mereka sendiri juga menanggung impaknya.

"Kita menggesa pihak berwajib meningkatkan tahap kemudahan awam, tetapi pada masa sama, kita juga perlu memberikan kerjasama dalam mewujudkan suasana yang kondusif di kawasan komersial, perumahan dan pusat beli belah.

"Sementara kerajaan tempatan bertanggungjawab menyelenggara kemudahan awam, rakyat juga mempunyai peranan penting agar tidak merosakkan infrastruktur yang disediakan kerajaan," katanya.

Sementara itu, kerajaan tempatan dan jabatan kesihatan telah memberikan jaminan untuk menghantar kakitangan masing-masing untuk membuat tinjauan ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan daripada Chin.

Pihak berkuasa juga menyeru pengusaha kedai makanan dan minuman agar memasang sistem penapis pada dapur masing-masing untuk menyekat sisa makanan daripada mengalir ke dalam parit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049320 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list