CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5678|Reply: 0

[Sarawak] Projek Lebuh Raya Pesisir Utara lengkapkan kemudahan jaringan jalan raya utara Sarawak

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:38 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (dua kiri) menyampaikan bubur kacang kepada Latip sambil disaksikan tetamu lain pada majlis tersebut.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang dibina bermula tahun depan bakal melengkapkan kemudahan jaringan jalan raya di utara Sarawak apabila siap menjelang 2030.

Menurutnya, projek mega itu satu inisiatif Kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan jalan raya sempurna kepada rakyat di kawasan pedalaman negeri ini.

Katanya, projek lebuh raya melalui dana Kerajaan Sarawak bernilai RM6.1 bilion itu dibina dengan empat lorong turut menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas.

“Projek Lebuh Raya Pesisir Utara dijangka siap menjelang 2030, melengkapkan keseluruhan rangkaian jalan raya di Limbang menjelang 2028 hingga 2029 termasuk jalan menuju ke Limpaku Pinang,” katanya ketika berucap pada Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS 2024 dan Badudun Ramadan di Masjid Nur Al-Tayyibah Kampung Ipai, Limbang di sini.

Turut sama ialah Ketua Kampung Ipai Latip Yahaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, pelbagai pembangunan merangkumi kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan dewan sudah dibina bukan sahaja di bandar malah di kampung-kampung.

Mengulas mengenai Kampung Ipai yang terletak berhampiran sempadan Brunei, beliau berkata kampung itu menerima tempias pembangunan dengan pembinaan jalan raya baharu menghubungkan kampung-kampung pesisir selain kemudahan dewan, gelanggang futsal dan petanque.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058496 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list