CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5581|Reply: 0

[Sarawak] IPD Sri Aman mengadakan perhimpunan sempena memperingati Hari Polis ke-217

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:42 PM | Show all posts |Read mode


Mathew menyampaikan amanat pada perhimpunan sambutan sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di IPD Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengadakan perhimpunan sempena memperingati Hari Polis Ke-217 di Dewan Serba Guna IPD Sri Aman semalam.

Sambutan itu yang mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' dan kali ini berlainan daripada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya kerana disambut dalam bulan Ramadan.

Di peringkat IPD Sri Aman, sambutan Hari Polis diadakan di Dewan Serba Guna IPD Sri Aman dan kehadiran daripada warga IPD Sri Aman menceriakan suasana walaupun perhimpunan disambut dalam keadaan sederhana.

Turut hadir bersama warga IPD Sri Aman ialah empat pesara polis Cawangan Simanggang.

Perhimpunan itu diketuai Inspektor Nadzryeen Syah Hashim selaku Pegawai Pemerintah Barisan dan dibantu SI Mekal Sundok selaku Penolong Pegawai Barisan.
Manakala lafaz ikrar diketuai Inspektor Mohd Effei Faeis Effendi.

Pada perhimpunan itu, Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 tahun ini.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Polis Ke-217 kepada seluruh warga IPD Sri Aman.

Dalam ucapan peribadinya, beliau berharap agar warga IPD Sri Aman dapat mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain dan memajukan semua warga IPD Sri Aman dalam pasukan PDRM.

Beliau juga menekankan agar Pegawai Kanan Polis (PKP) mahupun Pegawai Rendah Polis (PRP) dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri, kerjaya dan keluarga.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.178559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list