CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4603|Reply: 2

[Johor] Misteri suara halus jawab salam di kubur

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan Nur Hazwani bersama ibu dan bapanya. FOTO Ihsan Nur Hazwani Md Yasir

Batu Pahat: "Terkejut juga, tapi kemudian timbul perasaan sebak kerana betul ke itu suara arwah abah. Kalau boleh nak dengar sangat sebab rindu," kata jurusolek, Nur Hazwani Md Yasir.

Perkongsian Nur Hazwani, 32, di TikTok baru-baru ini mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 825,000 tontonan selepas memuat naik video seakan-akan ada 'seseorang' menjawab salamnya ketika menziarahi pusara bapanya, Md Yasir Dalail.

Suara itu kedengaran perlahan, namun jelas apabila diamati sebaik Nur Hazwani memberi salam ketika sampai di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Terus, di sini.

Bercerita lanjut, Nur Hazwani dari Sri Medan di sini berkata, video itu dirakam pada 21 Mac lalu dan tidak mendengar suara menjawab salam ketika berada di lokasi berkenaan.


"Tapi, selepas saya muat naik video di status WhatsApp, ada ahli keluarga hantar mesej kepada saya maklumkan dia dengar suara orang menjawab salam.

"Bagi mendapat kepastian, saya mainkan semula video berkenaan untuk dengar dan memang ada cuma suara itu halus sangat.

"Masa dengar itu terkejut kerana ketika itu di tanah perkuburan itu hanya saya seorang. Suami, emak, kakak, adik lelaki dan anak buah memang ada ikut waktu itu, tapi mereka datang selepas saya duduk di tepi pusara," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak ketujuh daripada sembilan beradik itu berkata, perasaannya bercampur baur kerana tidak tahu siapa pemilik suara misteri berkenaan yang masih tinggal tanda tanya sehingga hari ini.


TANGKAP layar video tular dimuat naik Nur Hazwani. FOTO Tangkap layar Tiktok

"Nak percaya atau tidak itu susah kerana jika dengar dengan teliti macam betul (suara arwah bapa). Saya nak menidakkannya pun tak pasti kerana hanya saya ada di situ waktu itu jadi dari mana datangnya suara itu?"

"Apa pun, saya mengharapkan yang terbaik untuk abah di alam sana dan sebenarnya, itu kali pertama saya rekod video di kawasan perkuburan malah niatnya nak jadikan kenangan serta kongsi dengan adik beradik lain saja.

"Tapi, tak sangka pula selepas kongsi di TikTok boleh tular namun bersyukur ramai mendoakan abah cuma dalam 100 orang, ada komen kata itu bukan suara abah, tapi jin juga qarin," katanya.

Di sebalik apa yang berlaku, Nur Hazwani bersyukur kerana berkesempatan menjaga bapanya sebelum meninggal dunia pada 12 September 2022 akibat serangan jantung.

"Alhamdulillah, mungkin asbab jadi jurusolek, waktu kerja lebih fleksibel jadi pada hari biasa, saya dapat teman abah yang diserang angin ahmar ringan (minor strok) sejak 2016 melakukan urusannya.

"Walaupun berada di Genting Highlands waktu dapat tahu abah meninggal dunia, perjalanan saya untuk pulang ke kampung dipermudahkan, malah sempat tengok jenazah abah sebelum dikebumikan.

"Sekarang pun, saya bersyukur kerana sudah berpindah ke sini dari Johor Bahru jadi kesempatan ziarah kubur lebih kerap, kebiasaannya pada Khamis, Jumaat dan Sabtu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... awab-salam-di-kubur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 10:30 AM | Show all posts
Doakan yang terbaik buat arwah abahnya ya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 02:20 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.901604 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list