CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1495|Reply: 1

[Johor] Guna jengkaut keluarkan wanita terperosok bawah MPV

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode

JENGKAUT digunakan untuk angkat Toyota Estima bagi mengeluarkan warga emas di bawahnya. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Jengkaut terpaksa digunakan bagi mengeluarkan wanita warga emas yang terperosok di bawah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Utama Putera Indah, Tongkang Pechah di sini, semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu mangsa yang cedera parah itu dikeluarkan dari bawah kenderaan itu dengan bantuan jengkaut dan orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, selepas lebih dua jam menerima rawatan, mangsa berusia 69 disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Estima dipandu wanita berusia 33 tahun menghala ke Tongkang Pechah.


Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang.

"Akibatnya, pemandu Estima tidak sempat mengelak sehingga berlaku pertembungan dan mangsa terperosok di bawah MPV berkenaan.

"Mangsa yang parah kemudian dibawa ke HSNI untuk rawatan lanjut namun pada jam 6.30 petang, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa seorang suri rumah dan menetap di Taman Bukit Perdana, di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jelasnya, polis memohon kerjasama orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar tampil bagi ke mana-mana balai polis atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erperosok-bawah-mpv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:19 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.079763 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list