CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6732|Reply: 1

[Johor] Warga India, Pakistan dalang cop imigresen palsu dicekup

[Copy link]
Post time 27-3-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode

Sekitar ops serkap yang dijayakan Unit tindakan & Operasi Bahagian Penguatkuasa negeri Johor dan Unit Pematuhan Bangunan Sultan Iskandar Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. FOTO IHSAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Johor Bahru: Satu sindiket memalsukan cop Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) didalangi warga asing berjaya ditumpaskan dalam operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, Ahad lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata Ops Serkap dijalankan hasil risikan selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti sindiket berkenaan.

Katanya, seorang warga Pakistan dan India, masing-masing berusia 30 dan 35 berjaya ditahan ketika berada dalam kereta di perhentian teksi BSI, kira-kira jam 6 petang, Ahad lalu.

"Ops Serkap ini adalah satu-satunya sindiket yang didalangi sepenuhnya warga asing tanpa bantuan warga tempatan yang berjaya ditumpaskan di Johor, setakat ini.


"Ketika ditahan, warga Pakistan berkenaan sedang berada dalam kereta manakala warga India yang bertindak sebagai tonto berada di kerusi di perhentian teksi BSI dipercayai sedang menunggu pelanggan. Sindiket ini dipercayai berpusat di kawasan Bukit Chagar.

"Sasaran utama sindiket ini adalah warga asing yang majoritinya warga Pakistan dan India yang mempunyai masalah permohonan lanjutan permit kerja dan pas lawatan sosial dengan dengan caj dikenakan bagi pemalsuan cop JIM pada borang permohonan adalah antara RM650 hingga RM3,000, bagi seorang.

"Menerusi siasatan awal, sindiket ini dipercayai telah aktif sejak 2022 dengan mengambil kesempatan ke atas pelbagai program kerajaan di seluruh negara," katanya pada sidang media di Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Baharuddin berkata warga Pakistan dan India berkenaan direman 14 hari bermula Ahad lalu bagi siasatan lanjut.

Katanya, menerusi siasatan awal mendapati warga Pakistan itu mempunyai permit sah manakala warga India itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

"Dalam operasi itu, lima pasport India dan enam pasport Pakistan dirampas bersama wang tunai RM3,445.50 serta pelbagai mata wang asing RM474.75; empat telefon pintar dan kereta Toyota Altis.

Ditanya sama ada sindiket itu membabitkan kerjasama dengan pegawai JIM, Baharuddin berkata, perkara itu masih lagi disiasat.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 57(1)(l), Seksyen 56(1A)(a), Seksyen 56 (1A)(b) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... resen-palsu-dicekup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:19 PM | Show all posts
pdn muka. buat hal lagi kt negara org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049860 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list