CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6775|Reply: 0

[Johor] 3 didakwa buang sisa pepejal pembinaan

[Copy link]
Post time 27-3-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode

CHIA Vui Shan (dua dari kanan) dan Tan Hock Lai (dua dari kiri) mengaku bersalah atas pertuduhan melonggokkan sampah sisa pepejal pembinaan tanpa kebenaran. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Tiga individu termasuk pemilik syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuang sisa pepejal pembinaan tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Tan Hock Lai, 45 dan Chia Vui Shan, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan manakala Wong Wai Heng, 47, mengaku tidak bersalah.

Che Wan Zaidi menetapkan denda RM30,000 terhadap Hock Lai atas kesalahan kali kedua, manakala denda RM15,000 terhadap Vui Shan yang kali pertama melakukan kesalahan itu.


Mengikut kertas pertuduhan, Hock Lai didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal pembinaan tanpa kebenaran di atas tanah lot 2030, Mukim Rimba Terjun Parit Masjid dekat Pontian pada 2.30 petang, 20 Jun tahun lalu.

Manakala Vui Shan selaku pemilik syarikat didakwa melakukan perbuatan sama di lot berlainan iaitu tanah lot 5877, GM6012 Mukim Rimba Terjun Parit Masjid dekat Pontian, kira-kira jam 1.25 petang pada 15 Ogos lalu.

Sementara itu, Wai Heng didakwa melakukan perbuatan sama di tanah kerajaan (rizab jalan) Mukim Jeram Batu dekat Pontian, lebih kurang jam 11 pagi pada 4 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 71 (8) Akta sama yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau keduanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman. Manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula bagi Wai Heng pada 6 Mei depan sebagai tarikh lantikan peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-pepejal-pembinaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063593 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list