CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5382|Reply: 0

[Johor] Enam bujang 'merewang' untuk juadah buka puasa

[Copy link]
Post time 27-3-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Dzahim Azmin Abdul Rahman (depan ) seronok dapat berbuka puasa dan bersahur dengan rakan serumah. FOTO ihsan Muhammad Dzahm Azmi Abdul Rahman

Mersing: Di kala orang lain berkumpul bersama keluarga, Muhammad Dzahim Azmin Abdul Rahman pula ditemani lima rakan serumah sama ada bersahur atau berbuka puasa sejak awal Ramadan lalu.

Rutin harian terutama ketika menyediakan hidangan berbuka puasa dikongsikan Muhammad Dzahim Azmin, 21, menerusi siaran langsung dan hantaran video di TikTok.

Gelagat anak bujang itu menarik perhatian pengguna platform berkenaan yang teruja menanti apakah juadah berbuka dimasak Muhammad Dzahim Azmin bersama rakan serumahnya iaitu Muhammad Alif Puasa, 21, Abdul Rahman Nordin, 21, Muhammad Syauqi Saifuddin Amir, 21, Najib Abdul Samad, 21, dan Muhammad Zafran Masnawi, 22.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Dzahim Azmin yang juga pelajar semester akhir Diploma Teknologi Maklumat (IT) Politeknik Mersing, di sini, berkata rutin berbuka dan bersahur bersama rakan serumah menjadi kelaziman sejak semester satu hingga kini.


"Ia sudah jadi macam budaya kami sejak tinggal serumah dan dapat teruskan sampai sekarang.

"Kebiasaannya, sahur kami tak makan berat, ambil yang ringan macam bisikut tapi untuk buka puasa memang masak.

"Pagi pergi kelas, balik tengah hari rehat dan tidur sekejap kemudian keluar cari barang memasak pada 4 petang.

"Bermula 6 petang, kami mula 'rewang' dan kebanyakan resipi rujuk di Internet termasuk perkongsian Khairul Aming. Alhamdulillah, apa yang dimasak menjadi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Dzahim Azmin berkata, apa dipaparkan di TikTok sekadar realiti kehidupannya dan rakan serumah sebagai pelajar yang menyambut Ramadan tanpa keluarga.

Bagaimanapun, Muhammad Dzahim Azmin tidak menyangka perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai terutama apabila bersiaran langsung menjelang waktu berbuka puasa.

"Ikutkan mula buat 'live' (siaran langsung) sejak semester tiga, namun baru kini dapat perhatian malah tak jangka banyak maklum balas positif.

"Ada dalam kalangan yang menonton terdiri daripada individu pertengahan umur dan banyak juga kongsi mengenai masakan selain beri 'gift' (hadiah) di TikTok.

"Pernah sampai 1,000 hingga 2,000 orang menonton 'live' kami dan terima kasih saya ucapkan.

"Diharap, perkongsian saya itu beri manfaat dan sebelum tamat pengajian, saya nak rakam sebanyak mungkin video dengan rakan serumah untuk dijadikan memori kerana tak lama lagi, kami akan habis belajar serta bawa haluan masing-masing," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-juadah-buka-puasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051941 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list