CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10453|Reply: 0

[Sarawak] Pameran di Paris berjaya cetus inspirasi kepada usaha pemuliharaan di Sarawak

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:01 PM | Show all posts |Read mode


Len Talif (tengah) melihat bahan pameran yang dipamerkan pada program Menampilkan Borneo Malaysia: Pameran Keharmonian Budaya, Alam Semula Jadi dan Pengembara di Paris.
KUCHING: Pameran Keharmonian Budaya, Alam Semula Jadi dan Pengembara yang berlangsung di Secur Hall, Paris telah berjaya memberi inspirasi kepada usaha pemuliharaan di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pameran yang berakhir hari ini juga membawa perwakilan bersama-sama meraikan kekayaan serta kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi.

Justeru, Sarawak berhasrat untuk terus memupuk kesedaran dan tindakan yang lebih besar ke arah pelancongan mampan serta pemuliharaan di rantau ini.

Sarawak juga katanya, menyasarkan Taman Negara Niah untuk dicatatkan sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) pada 2024.


Len Talif (lima kanan) bersama yang lain ketika menghadiri program Menampilkan Borneo Malaysia: Pameran Keharmonian Budaya, Alam Semula Jadi dan Pengembara di Paris.

Pameran berlangsung selama tiga hari itu sejajar dengan mandat UNESCO iaitu meraikan warisan budaya yang pelbagai dan mempromosikan pembangunan mampan melalui usaha pemuliharaan.

Dengan memupuk kesedaran dan penghargaan, acara itu menggalakkan dialog antara budaya, menyumbang kepada misi UNESCO untuk mempromosikan keamanan dan saling menghormati.

Menurut SFC, acara transformatif itu mempamerkan kepelbagaian budaya yang kaya, landskap menakjubkan serta semangat pengembaraan Sarawak dan juga Malaysia.

Pameran dianjurkan SFC secara kolaboratif dengan Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR) Sarawak, Kementerian Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Universiti Malaysia Sarawaak (UNIMAS), Jabatan Integriti Nasional Malaysia dan Jabatan Muzium Sarawak.

Penganjurannya bertujuan melibatkan perwakilan melalui tayangan bertenaga serta pameran interaktif dan perbincangan, menonjolkan gabungan harmoni pelbagai budaya juga khazanah semula jadi di rantau ini.

Objektif utamanya ialah memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap warisan budaya, landskap dan biodiversiti rantau ini, menggalakkan amalan pelancongan mampan serta penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan.

Pada 26 MAc 2024, majlis resepsi diadakan sebagai mengalu-alukan kira-kira 100 peserta dan Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh selaku tetamu kehormat.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.147797 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list