CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12869|Reply: 0

[Sarawak] Operasi memadam kebakaran di Sungai Adong diteruskan

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:03 PM | Show all posts |Read mode


Helikopter Mi17 bomba menceduk air di kolam berdekatan lokasi kebakaran bagi memadamkan api.

MIRI: Teknik pemadaman pengeboman air dari udara dan serangan langsung dari darat diteruskan pada hari keempat operasi pemadaman kebakaran tanah gambut dan hutan di Sungai Adong di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Ismaidi Ismail berkata, strategi pemadaman tertumpu pada sektor kawasan yang mempunyai kepala api ya masih aktif.

“Alhamdulillah, pagi tadi saya telah ronda kawasan berkenaan mendapati keadaan ada okey sedikit hasil daripada operasi pemadaman menerusi pengeboman air dari udara menggunakan helikopter Mi17 bomba semalam (Selasa).

“Hari ini kita meneruskan penugasan dengan menggunakan helikopter bomba pada jam 11 pagi hingga satu tengah hari dimana kita menjangkakan pesawat kita dapat membuat 20 kali pengeboman air di kepala api atau dianggarkan kira-kira 32,000 liter air dari kolam berdekatan,” katanya kepada Utusan Borneo di Pusat Kawalan Operasi Bomba di Sungai Adong, di sini.


Teknik pengeboman air dari udara dilakukan menggunakan helikopter Mi17 bomba bagi memadamkan api.

Selain itu, katanya, operasi tersebut turut dibantu pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Insya-Allah Bombardier milik APMM akan datang di Miri pada jam 1.30 petang dan akan terus membantu menjalankan operasi pemadaman menerusi pengeboman air dari udara sehingga jam 3 petang.

“Menerusi bantuan pesawat Bombardier ini kita menjangkakan pesawat ini dapat menceduk air di sungai Kuala Baram berdekatan sebanyak sepuluh kali dengan muatan satu kali itu adalah enam tan.

“Dengan kerjasama dari pesawat Bombardier APMM, kita mengharapkan agar api dapat dipadamkan dengan lebih cepat kerana kapisiti pesawat ini membawa air adalah lebih banyak,” ujarnya.

Sementara itu, Ismaidi turut melakukan taklimat kepada beberapa agensi kerajaan yang hadir ke lokasi dimana agensi-agensi ini akan terlibat sama dari segi kekuatan anggota dan peralatan bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut dengan lebih cepat.

Hadir sama pada taklimat berkenaan adalah Residen Bahagian Miri Jamalie Busri.


Ismaidi sedang melakukan taklimat pengoperasian pemadaman kebakaran kepada wakil-wakil agensi kerajaan yang hadir di lokasi berkenaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.391109 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list