CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14667|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Long Suling kini nikmati bekalan air bersih

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode


Dennis menggunting reben sebagai simbolik permulaan gotong-royong penyaluran bekalan air bersih ke Long Suling di pekarangan rumah panjang tersebut sambil disaksikan para sukarelawan dan penduduk kampung.

MIRI: Penduduk rumah panjang 120 pintu Long Suling kini sudah boleh tersenyum selepas menerima projek bekalan air bersih yang sudah siap sepenuhnya.

Projek itu dilaksanakan secara gotong-royong dengan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Datuk Dennis Ngau dan melibatkan kakitangan Pejabat Residen Miri, Pejabat Daerah Telang Usan, Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian), Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYCKL), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Jabatan Hutan (JHS) Wilayah Miri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Suling.

Menurut Dennis, projek itu turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri yang memperuntukkan dana sebanyak RM920,031 untuk pembinaannya.

"Tiada sebarang eleman atau unsur keuntungan dalam program ini kerana ia merupakan hasil kerja gotong-royong 100 peratus daripada semua pihak dan sukarelawan yang terlibat dan disokong sendiri oleh penduduk rumah panjang Long Suling," katanya semasa merasmikan program itu, pada Selasa.

Long Suling terletak kira-kira lima jam perjalanan dari Miri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Beliau memberitahu program selama dua bulan itu ternyata memberi faedah kepada dua belah pihak dengan penduduk kampung belajar daripada sukarelawan dan pihak sukarelawan pula belajar dan memahami banyak mengenai gaya hidup, budaya dan sebagainya daripada penduduk kampung.

"Tiada langsung isu nak bawa agama lain ke rumah panjang dan saya memberi jaminan ini, sebaliknya program ini adalah jujur dan penuh ikhlas, dilaksanakan oleh para sukarelawan daripada NGO terbabit.

"Sebagai wakil rakyat kawasan ini, adalah tanggungjawab saya untum membantu rakyat dan kampung-kampung di kawasan saya.

"Justeru saya amat berterima kasih di atas sokongan kerajaan dan bantuan agensi serta sukarelawan dalam menjayakan program ini kerana kalau kita mahu menunggu sistem loji, ia akan mengambil masa yang sangat lama," jelas beliau lagi.

Seramai 45 sukarelawan dari seluruh negara yang terlibat tinggal di rumah panjang berkenaan sejak 16 Februari lalu bagi menyiapkan program tersebut yang turut melibatkan pemasangan paip air sepanjang 4.5 kilometer.

Mereka dijangka pulang hari ini.

Menurut Dennis, sejak 2019, pihaknya telah menyiapkan program bekalan air bersih itu di Kampung Long Puak, Uma Akeh, Sekolah Kebangsaan (SK) St Pius, Long Sayan, Long Latei, Long Watt dan Long Suling.

Seterusnya program tersebut akan dilaksanakan di Kampung Nahah A, Long Apu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.064107 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list