CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14363|Reply: 0

[Sarawak] Ketua kaum bantu jadikan Sibu lebih baik untuk didiami

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:13 PM | Show all posts |Read mode


(Duduk, dari dua kiri) Khalid, Tiang dan Lau bersama dengan ketua kaum yang menerima notis pelantikan mereka di Pejabat Daerah Sibu, hari ini.

SIBU: Peranan yang dimainkan ketua kaum di daerah Sibu amat penting dalam membantu menjadikan bandar ini lebih baik dan lebih kondusif untuk didiami.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, oleh sebab itu Sibu mempunyai jumlah ketua kaum yang paling banyak.



"Ini menunjukkan khidmat ketua kaum di Sibu amat diperlukan dan betapa pentingnya khidmat seorang ketua kaum ini," ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan notis pelantikan kepada ketua kaum Cina di Pejabat Daerah Sibu, hari ini.

Seramai tujuh ketua kaum terdiri daripada seorang penghulu dan enam kapitan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan menerima notis pelantikan tersebut, termasuk dua pelantikan baharu.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, perkhidmatan seorang ketua kaum seperti sebuah kedai serbaneka atau kedai 24 jam di mana mereka memberikan perkhidmatan tanpa mengira waktu atau tempat.

"Peranan yang dimainkan ketua kaum ini amat penting kerana mereka merupakan barisan hadapan atau penghubung antara jabatan kerajaan dengan rakyat," katanya sambil berterima kasih atas komitmen dan perkhidmatan semua ketua kaum selama ini.

Dalam pada itu, Tiang juga menyeru ketua kaum yang baharu dilantik agar memberikan komitmen yang penuh dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di bawah bidang kuasa mereka.

Hadir sama pada majlis ialah Pegawai Daerah Sibu Khalid Andong, Temenggung Dato Vincent Lau serta yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.104519 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list