CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14559|Reply: 0

[Sarawak] Amcorp Sibu Jaya laksana program CSR di perpustakaan awam MDLBS

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:14 PM | Show all posts |Read mode


Serawa Nyandang, 63, (kanan) menunjukkan cara-cara menuai padi menggunakan 'ketap' kepada para pelajar di Sibu Jaya.

SIBU: Amcorp Sibu Jaya Sdn Bhd telah mengadakan program penanaman bunga di perpustakaan awam Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) di Sibu Jaya, hari ini.

Program tersebut sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dalam menyokong kelestarian alam sekitar.

Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai memuji Amcorp Sibu Jaya atas inisiatif tersebut dan berpendapat langkah itu merupakan contoh yang baik dalam menunjukkan kerjasama antara sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau turut menekankan kepentingan usaha terbabit dalam memperindahkan Sibu Jaya dan meningkatkan kehijauan kawasan tersebut.

Selain itu, beliau turut memberitahu MDLBS akan menjadi tuan rumah untuk Earth Hour 2025 dan berharap agar aktiviti penanaman bunga dapat dimasukkan sebagai salah satu program dalam acara tersebut nanti.

Tidak hanya itu, Amcorp Sibu Jaya turut menggalakkan budaya pertanian tradisional dengan melibatkan pesawah tempatan dalam projek penanaman padi di kawasan tanah lapang Sibu Jaya, jelasnya.

Lebih menarik lagi tambahnya, kira-kira 50 pelajar dari dua sekolah di Sibu Jaya turut berpeluang untuk belajar dan menyertai proses menuai padi tradisional menggunakan 'ketap' bersama pesawah-pesawah tempatan.

Ini jelasnya, adalah langkah yang positif dalam memupuk kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitar serta mewarisi budaya pertanian tradisional di kalangan generasi muda.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048728 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list