CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14348|Reply: 0

[Sarawak] Pembiakan iguana hijau liar di Taman Bulatan Miri ditangani MBM dan SFC

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:18 PM | Show all posts |Read mode


Kakitangan SFC membantu pihak MBM mencari dan menangkap iguana hijau yang semakin membiak di Taman Bulatan Miri.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah mengambil langkah drastik menyelamatkan spesies iguana hijau liar yang mulai membiak di Taman Bulatan Miri di sini, dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Datuk Bandar Adam Yii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut memberitahu, pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan spesies berkenaan di taman tersebut yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

Iguana tersebut bagaimanapun sebenarnya tidak membahayakan manusia, namun boleh mengancam hidupan liar spesies asli tempatan.

Difahamkan iguana hijau ini berasal dari Mexico Selatan, Brazil Tengah, Paraguay dan Bolivia serta Caribbean.

"Pihak Majlis telah bekerjasama dengan SFC untuk menangani isu tersebut dan selepas perbincangan lanjut, Majlis bersama SFC meneruskan operasi bersama pada 7 Februari lalu untuk menangkap dan melatih iguana eksotik ini," jelas Yii.

Menurut beliau, iguana yang ditangkap itu kemudian dipindahkan ke kawasan selamat di Miri untuk tujuan pendidikan pemuliharaan dan kesedaran tentang isu spesies invasif (hidupan liar eksotik).

Sarawak mematuhi Pelan Tindakan Kebangsaan Spesies Asing Invasif untuk menghapuskan hidupan liar eksotik dari alam semulajadinya kerana haiwan ini mempunyai keupayaan hidup dan mengadaptasikan persekitarannya, serta mampu mengatasi spesies asli yang liar.

Ini kerana dalam jangka panjang, spesies liar asal pula akan semakin terancam.

Setakat ini, tujuh ekor iguana telah berjaya ditangkap menggunakan langkah-langkah keselamatan dan telah dipindahkan ke kawasan selamat untuk didiami mereka.

Menurut Yii lagi, SFC akan meneruskan operasi sedemikian untuk membendung masalah populasi iguana tersebut.

Sehubungan itu, bagi mengawal haiwan ini daripada terus membiak orang ramai dinasihatkan supaya tidak memberi makan dan memerangkapnya sama ada dengan perangkap hidup atau jerat.

Perangkap haiwan hidup tradisional yang diumpan dengan anggur, hirisan tembikai masak, betik atau mangga juga mungkin berkesan, terutamanya jika perangkap telah diletakkan umpan terlebih dahulu.

Bagaimanapun Yii memberitahu, orang ramai yang berminat untuk menangkap hidupan liar itu diminta supaya bekerjasama dengan pihak SFC dan menghubungi mereka jika berminat untuk menangkapnya.

Tambahnya, reptilia tersebut hidup di atas pokok dan sering dijumpai berhampiran air dan ia juga merupakan haiwan yang gemar mengorek tanah.

Semasa cuaca sejuk dan basah, iguana hijau ini lebih suka tinggal di dalam tanah untuk kehangatan, selain mampu berenang dan menyelam.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.368056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list