CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14189|Reply: 0

[Sarawak] Pustaka Negeri anjur pertandingan video 'BookTok' melalui TikTok

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:21 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sempena Jom Baca Bersama 10 Minit 2024, Pustaka Negeri Sarawak menganjurkan sebuah pertandingan video iaitu 'BookTok' melalui platform TikTok.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Pustaka Neger Sarawak hari ini, pertandingan itu terbuka kepada semua peringkat umur yang berasal dan menetap di Sarawak.

"Serlahkan bakat anda dalam menyunting video sambil menyampaikan mesej kepada orang lain mengenai buku kegemaran anda atau buku yang membentuk diri anda.

"Sila imbas kod QR bagi terma dan syarat pertandingan serta borang penyertaan atau melalui pautan (https://forms.gle/1T8P5nNChxSHjEnq9) untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai," katanya.

Hadiah wang tunai RM500 menanti pemenang tempat pertama, tempat kedua pula akan membawa pulang RM400 dan RM300 bagi pemenang tempat ketiga.
Penyertaan akan dibuka sehingga 14 April 2024.

Peserta diingatkan ‘Share’ video dan dapatkan lebih banyak ‘Like’ supaya peluang untuk menang lebih besar!

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Ramdzan Saman atau Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini di talian 082-442000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049963 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list