CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14271|Reply: 0

[Sarawak] Sri Aman diisytiharkan sebagai bahagian jangkitan rabies baharu

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:24 PM | Show all posts |Read mode


Uggah (depan, kanan) tiba bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Membanteras Rabies 2024 sambil diiringi Dr Adrian (depan, dua kanan) serta yang lain. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Bahagian Sri Aman telah diisytiharkan sebagai bahagian jangkitan rabies baharu di Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu berkata, pengisytiharan itu telah dimaklumkan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah pada 25 Mac lalu susulan kes positif rabies haiwan baharu dikesan di bahagian itu, baru-baru ini.

“Bahagian Sri Aman telah diisytiharkan sebagai bahagian jangkitan rabies. Bahagian yang sebelum ini diisytiharkan sebagai bahagian jangkitan rabies termasuk bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu.

“Sebanyak 29 kawasan masih kekal sebagai kawasan jangkitan rabies walaupun tiada haiwan positif rabies dikesan di kawasan tersebut bagi tahun 2024,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Membanteras Rabies 2024 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) yang dihadiri Pengarahnya Datu Dr Adrian Susin Ambud di sini, hari ini.

Menurut Uggah pengisytiharan itu adalah perlu bagi memastikan lebih banyak usaha membasmi rabies di bahagian terjejas oleh agensi berkaitan.

Katanya, sehingga hari ini jumlah kematian keseluruhan adalah 71 daripada 78 kes rabies pada manusia sejak wabak itu diisytiharkan di Sarawak pada Julai 2017.

Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja sebanyak 45 haiwan daripada 174 sampel telah diuji positif rabies dan haiwan rabies positif dikesan di Kuching adalah sebanyak 17, Bau (4), Lundu (2), Padawan (7), Samarahan (4), Serian (3), Tebedu (1), Sri Aman (1), Bintulu (3) dan Sebauh (3).

Katanya pada bulan Mac sahaja, terdapat 20 kes haiwan positif rabies dikesan termasuk di Bintulu, Kuching, Bau, Sri Aman, Padawan, Samarahan dan Serian.

Sementara itu, mengenai program vaksinasi antirabies haiwan, Uggah berkata, pada tahun lepas hanya 44,874 ekor anjing telah divaksin oleh JPVS dan Pasukan Immune Belt Enforcement Team (IBET) di seluruh Sarawak.

“Ia sangat jauh di bawah sasaran 70 peratus daripada anggaran 230,000 ekor anjing di negeri ini.

“Bagi mencapai dan mengekalkan 70 peratus imuniti kumpulan, bengkel hari ini mencadangkan penubuhan 14 Pasukan Bergerak Veterinar (VMT) dan 12 Pasukan Penguat Kuasa,” katanya.

Uggah menegaskan, dengan jumlah 133 jawatan baharu akan diwujudkan di bawah JPVS, ia akan mempergiatkan program vaksinasi antirabies di seluruh Sarawak.

“Penguatkuasaan ke atas anjing yang tidak divaksinasi, penyingkiran anjing liar yang disasarkan dan pelesenan akan dijalankan dengan segera oleh pasukan penguat kuasa (JPVS, PDRM dan IBET) bersama-sama majlis tempatan masing-masing di seluruh negeri untuk mengurangkan populasi sesat dan liputan vaksinasi,” ujarnya.

Uggah berkata, sebanyak 13 agensi terlibat dalam bengkel selama dua hari tersebut selaras Pelan Tindakan Kawalan dan Pembasmian Rabies 2024-2025.

Menerusi bengkel itu katanya, beberapa strategi telah dirangka termasuk Memperkasakan Pemvaksinan dan Pengawasan; Pengurusan Populasi Anjing (untuk mencapai sifar anjir liar dan semua haiwan peliharaan didaftarkan lesen, vaksin dan sebagainya); Undang-Undang Penguatkusaan (untuk menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar dan Pelesenan Anjing); dan Peningkatan Sumber Tenaga (menubuhkan Pasukan Bergerak Veterinar dan pasukan penguat kuasa).

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat mengambil berat tentang kehidupan dan kesejahteraan rakyat Sarawak. Kita harus menguatkuasakan undang-undang semasa untuk melindungi rakyat Sarawak.

“Bermakna operasi yang dirancang kita akan lebih fokus dan saya berharap semua pihak dan individu akan memainkan peranan yang membina untuk membasmi rabies di Sarawak,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060632 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list