CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14252|Reply: 0

[Sarawak] KPDN serbu gudang disyaki terlibat jual aksesori tiruan

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:26 PM | Show all posts |Read mode


Pemeriksaan dilakukan oleh anggota penguat kuasa KPDN ke atas sebuah gudang di Taman Perindustrian Ringan Demak Laut pada 26 Mac.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyerbu sebuah gudang di Taman Perindustrian Ringan Demak Laut kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual aksesori elektronik kenderaan tiruan.

Pengarahnya Matthew Dominic Barin berkata, serbuan dilakukan pada 26 Mac bersama wakil pemilik cap dagang selepas menerima aduan berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas gudang tersebut menemui barangan tiruan dianggarkan bernilai RM442,977.

"Hasil pemeriksaan di sebuah gudang, KPDN telah menyita sejumlah 902 unit barangan elektronik kenderaan yang dianggarkan bernilai RM442,977 terdiri daripada pelbagai jenis barang iaitu 'android car player,' 'dashcam' dan speaker yang disyaki telah melakukan kesalahan dan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

"Ini merupakan nilai rampasan tertinggi tahun 2024 bagi kes Akta Cap Dagangan 2019 dan kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Justeru katanya, KPDN Sarawak memberi amaran keras terhadap mana-mana peniaga yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Jelasnya, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Manakala bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar," katanya.

KPDN katanya, ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.

"Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penjualan barangan tiruan boleh melaporkan kepada pihak KPDN bersama butiran yang lengkap melalui saluran berikut," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.725242 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list