CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10880|Reply: 0

[Kelantan] Bayi dua bulan maut dijangkiti batuk kokol di Kelantan

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Bayi dua bulan maut dijangkiti batuk kokol di Kelantan


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Kota Bharu: Satu kematian membabitkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan sehingga minggu ke-12, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata kematian itu dikesan di Tanah Merah pada bulan lalu.

Beliau berkata setakat semalam sebanyak 29 kes direkodkan di seluruh negeri iaitu Kota Bharu (11), Tanah Merah (tujuh), Kuala Krai (empat), Pasir Puteh (tiga), Tumpat (dua) dan Gua Musang (dua).

"Tiga kawasan wabak juga sudah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lalu di sebuah pangsapuri di Kubang Kerian, di sini.

"Berbanding tempoh sama (Minggu Ke-12) tahun lepas hanya terdapat satu kes Pertussis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, perbandingan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan kes Pertussis yang dilaporkan di Kelantan.

"Daripada 29 kes setakat hari ini, 22 kes atau 76 peratus daripadanya membabitkan bayi berusia antara satu hingga lima bulan," katanya.

Mengulas lanjut, Hilmi berkata tahun lalu terdapat lima kes kematian dengan keseluruhan kes sebanyak 90 kes dengan peningkatan kes bermula pada minggu Ke-35.

Katanya bagi menangani jangkitan itu Jabatan Kesihatan negeri melalui Cawangan Pendidikan Kesihatan telah meningkatkan hebahan kepada masyarakat berkenaan penyakit Pertusis melalui media sosial dan bahan promosi kesihatan yang dipamerkan di klinik dan hospital.



Disiarkan pada: Mac 27, 2024 @ 10:58pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.086328 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list