CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4297|Reply: 0

[Pahang] Tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus ketika tarawih

[Copy link]
Post time 28-3-2024 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Tinggal sehelai sepinggang, rumah hangus ketika tarawih

OlehROSILAWATI ROSEDI

28 Mac 2024 10:54am








Rumah Milik Mohd Isa yang musnah akibat kebakaran pada Selasa.




JENGKA - "Ingatkan rumah orang lain yang terbakar rupanya rumah sendiri," kata Mohd Isa Md Noor, 61, selepas tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya musnah akibat kebakaran di Felda Jengka 14 di sini pada Selasa.

Dalam kejadian pada jam 10.20 malam itu, Mohd Isa berada di masjid menunaikan solat tarawih manakala isterinya, Nor Asmah Bohari, 58, dan dua anak tiada di rumah kerana membantu saudara menyiapkan tempahan kerepek bawang.



Menurutnya, sebelum pulang ke rumah dia sempat singgah dan minum di sebuah kedai.

"Ketika pulang ke rumah, ada terdengar siren bomba ingatkan rumah orang lain terbakar tetapi rupanya sampai di rumah, api sedang marak.



"Terkedu dibuatnya tapi syukur kerana kesemua ahli keluarga selamat dan tidak melibatkan sebarang nyawa," katanya.


Razak (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Mohd Isa (tengah) pada Rabu.




Dalam kejadian tersebut, kesemua barangan dalam rumah termasuk dua buah motosikal hangus.

Ujarnya, walaupun ditimpa ujian pada Ramadan dan menjelang Aidilfitri, warga emas itu menganggap ia satu dugaan buat mereka sekeluarga.




"Buat masa ini saya dan keluarga menumpang sementara waktu di rumah adik di sekitar kawasan sini," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, tabung bantuan akan dilancarkan di kesemua 35 masjid di wilayah tersebut bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Jelas beliau, sumbangan awal telah diserahkan kepada Mohd Isa pada Selasa.

"Kita bersimpati dengan nasib keluarga ini yang ditimpa ujian menjelang Syawal," tambahnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.085442 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list