CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 0

[Sabah] Lelaki warga tempatan didenda RM15 ribu, ambil dan guna diesel lebih had kuantiti

[Copy link]
Post time 28-3-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-3-2024 07:31 AM



RAMPAS: Pegawai penguat kuasa KPDN merampas bekalan diesel semasa serbuan terbabit.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didenda RM15,000 di Mahkamah Seksyen Dua Kota Kinabalu 27 Mac lalu selepas didapati mengambil dan menggunakan diesel melebihi had kuantiti.

Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Mazlan Emarula dan memutuskan agar hasil jualan minyak diesel
sebanyak RM13,437.50 dirampas dan dilucuthak untuk dijadikan hasil kerajaan.

Tertuduh juga dikehendaki menjalani hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.
Berdasarkan prosiding, tertuduh berjaya didakwa kerana menimbulkan syak munasabah bahawa ia melakukan kesalahan melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021.

Tertuduh dalam perjalanan perniagaan menggunakan dan mengambil Barang Kawalan Berjadual minyak diesel melebihi had kuantiti 20 liter yang dinyatakan dalam Ruang Dua Jadual Bahagian IV Peraturan yang sama.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah manakala
tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh bagaimanapun menjelaskan denda terbabit.

Sementara itu, Pengarah Pejabat KPDN Sabah Georgie Abas berkata, kesalahan terbabit dilakukan kira-kira jam 4 pagi di Stesen Minyak Petron Minitod, Penampang 19 Mei lalu.

Katanya, semasa serbuan dijalankan, tertuduh ditahan bersama barang kawalan berjadual iaitu 6,250 liter minyak diesel di dalam tangki tiga buah lori.

“Tertuduh berjaya ditahan pihak polis dan barang rampasan diserahkan kepada pihak KPDN Sabah.

“Kejayaan ini mencerminkan kerjasama pihak KPDN Sabah dengan agensi penguatkuasa lain termasuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan merekodkan 67 serahan kes bagi tempoh Januari hingga 28 Mac lalu dengan nilai rampasan RM2,014.091.75.

“Bagi tempoh sama, KPDN Sabah juga mendaftar 14 kes di mahkamah dan enam kes selesai menjalani pendakwaan dengan jumlah
denda sebanyak RM37,500.00 manakala lapan kes masih dalam proses prosiding mahkamah,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat salah laku atau penyelewengan barang kawalan ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan untuk membanteras serta  mengelakkan berlakunya ketirisan subsidi kerajaan.

Katanya, saluran terbabit termasuklah aplikasi WhatsApp ke 019-279 4317 atau 019-848 8000, Portal Aduan: e-aduan@kpdn.gov.my;, pusat panggilan 1 800 886 800;, emel ke e-aduan@kpdn.gov.my; dan aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.245083 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list