CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1931|Reply: 0

[Sabah] Kesepaduan sosial, integrasi nasional kunci utama kesejahteraan negara

[Copy link]
Post time 28-3-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-3-2024 07:37 AM



KENANGAN: Ewon merakamkan kenangan semasa Majlis Iftar Ramadan 2024 Bank Rakyat.

KUALA LUMPUR: Kesepaduan sosial dan integrasi nasional adalah kunci utama yang menyumbang kepada kestabilan, keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, perpaduan dalam kalangan rakyat juga menjadi aset dan tonggak utama dalam menjayakan pembentukan masyarakat dan negara Madani.

“Bagi merealisasikan aspirasi ini, semua pihak termasuk agensi kerajaan serta syarikat swasta perlu bersatu padu dan bekerjasama dalam membantu menggerakkan aktiviti masyarakat demi kesejahteraan sosial.

“Saya memuji komitmen Bank Rakyat yang melaksanakan pelbagai program serta inisiatif yang memupuk semangat kekitaan dan kesejahteraan bersama secara konsisten.

“Usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada warga kerja tetapi juga komuniti yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada perniagaan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan 2024 Bank Rakyat, di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Sri Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP Datuk Zamri Salleh, Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman.

Ewon berkata, tema ‘Tulus Ikhlas’ yang dibawa oleh Bank Rakyat yang menggunakan peruntukan melebihi RM2.3 juta untuk program khas sempena bulan Ramadan dan Syawal menunjukkan keprihatinan serta kemampuan Bank Rakyat yang sentiasa berusaha memberi nilai tambah dan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan.

“Komitmen ini juga dapat dilihat menerusi perkhidmatan dan kemudahan perbankan, program latihan serta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Bank Rakyat kepada usahawan dan koperasi yang selama ini banyak menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara ini.

“Saya optimis komitmen serta kesepaduan semua pihak menjadi faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian memberangsangkan Bank Rakyat menelusuri 70 tahun penubuhannya,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Bank Rakyat terhadap sokongan dan dedikasi sektor keusahawanan dan koperasi negara dalam mencapai aspirasi Malaysia Madani.

“Sokongan dan kerjasama berterusan Bank Rakyat dalam ekosistem keusahawanan dan koperasi amat berharga bukan hanya untuk kemakmuran seseorang individu tetapi untuk kemajuan kolektif masyarakat dan negara secara menyeluruh,” katanya.

Ewon turut merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Dr. Mohammad Hanis dengan penganugerahan Masterclass CEO Of The Year yang diterima di Malaysia Top Achievers 2023 baru-baru ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.072610 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list