CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 0

[Sarawak] Dua beranak cedera selepas bergelut dengan peragut

[Copy link]
Post time 28-3-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-3-2024 07:55 AM



Gambar tular di media sosial dikatakan dari kejadian kes ragut melibatkan seorang mangsa wanita bersama anaknya sehingga cermin kereta pecah.

MIRI: Seorang wanita dan anak lelakinya cedera selepas bergelut dengan peragut berhampiran sebuah gereja di bandar raya ini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian yang berlaku sekitar 11.42 pagi itu, wanita berusia 47 tahun itu dan anaknya didatangi seorang lelaki tidak dikenali ketika menuju ke arah keretanya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran gereja.

“Dalam kejadian tersebut, suspek yang menggunakan sebuah motosikal berwarna hitam kuning telah mengacukan pisau ke arah mangsa dan meminta mangsa menyerahkan beg sandang yang sedang dipegang oleh mangsa.

“Mangsa mengalami kecederaan di kening, hidung dan luka di jari manakala anaknya yang berusia 17 tahun turut mengalami kecederaan di pipi akibat daripada berlakunya sedikit pergelutan di antara mangsa dan suspek,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Alexson berkata ekoran daripada kejadian tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri telah melancarkan Op Kesan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini.

“Kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, denda atau sebat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Alexson menasihati masyarakat Miri untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat tempatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan ini, sila tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kami iaitu Inspektor Mohd Rayhan Albert di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

“Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam membantu menyalurkan maklumat serta menjaga kesejahteraan dan keamanan bersama,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.237323 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list