CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5450|Reply: 0

[Tempatan] PADU dibina dengan kaedah ‘lapuk’?

[Copy link]
Post time 29-3-2024 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Padu dibina dengan kaedah ‘lapuk’?

https://www.freemalaysiatoday.co ... engan-kaedah-lapuk/

Chia Wan Rou
29 Mar 2024, 07:30 AM


Fong Choong Fook berkata kerajaan Singapura ada ‘API gateway’ di awan yang membolehkan ia mengakses pelbagai data yang tersebar dan tersimpan di agensi-agensi berbeza.

Pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook, dakwa kaedah lapuk digunakan untuk membina pangkalan data.

PETALING JAYA: Pakar keselamatan siber mendakwa Pangkatan Data Utama (Padu) dibina dengan kaedah “lapuk” yang boleh menimbulkan keraguan mengenai datanya.

Fong Choong Fook, pengerusi eksekutif sebuah firma LGMS Bhd, berkata organisasi moden hari ini menggunakan “API gateway” (laluan API) untuk mengakses data yang tersebar, berbanding membina “duplicated centralized database” (pangkalan data berpusat pendua).

“Perhatikan inisiatif kerajaan Singapura. Mereka ada ‘API gateway’ di awan (cloud) yang membolehkan ia mengakses pelbagai data yang tersebar dan tersimpan di agensi-agensi berbeza,” katanya.

“Apa yang kerajaan Malaysia lakukan sangat ketinggalan zaman.”

Fong berkata pendekatan lama dikhuatiri bukan sahaja akan menyebabkan penduaan data (data duplication), tetapi juga ketepatan masa (timeliness), integriti, dan ketepatannya dipersoalkan.

“Sebagai contoh, apabila seseorang memasukkan gaji yang berbeza dengan rekod kerajaan yang diperolehi daripada cukai pendapatan, data yang manakah akan digunakan oleh kerajaan?”

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, kelmarin bahawa rakyat akan lebih percaya dan akan mendaftar Padu sekiranya pangkalan data itu dipindahkan ke Kementerian Digital.

“Berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, kita menggunakan kaedah-kaedah yang lapuk untuk membina pangkalan data, maka apa gunanya cari jabatan mana untuk kendali sekiranya reka bentuk pangkalan itu sendiri tidak baik,” kata Fong.

Beliau berkata perkara lebih penting ialah kebolehupayaan teknikal jabatan yang mengendalikan Padu.

“Kita perlu kaji puncanya, seberapa selamat pangkalan data itu, dan sejauh mana selamat asas pangkalan itu,” katanya.

Semalam, Premier Sarawak, Abang Johari Openg berkata Padu tidak seharusnya mengumpul maklumat berlebihan yang tidak berkaitan dengan status kewangan seseorang.

Minggu lalu, pegawai pentadbiran Sarawak di Sri Aman dan Sibu diarahkan untuk tidak mendaftarkan maklumat penduduk di Padu sehingga diberitahu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.175912 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list