CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5208|Reply: 0

[Tempatan] Salah guna pas lawatan berniaga keropok, 8 PATI ditahan

[Copy link]
Post time 29-3-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Salah guna pas lawatan berniaga keropok, 8 Pati ditahan

https://www.freemalaysiatoday.co ... pok-8-pati-ditahan/

FMT Reporters
28 Mar 2024, 11:45 PM


Imigresen berkata lapan lelaki Thailand ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial. (Gambar Imigresen).

Imigresen turut menahan 34 Pati dipercayai tidak mempunyai pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas.

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menahan lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS) untuk berniaga dalam operasi bersepadu di Taman Desa Cemerlang, Johor, semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir, berkata tangkapan itu dibuat di sebuah kedai disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen memproses dan membungkus keropok ikan diimport dari Thailand.

“Lapan lelaki warga Thailand yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan PLS,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, dalam operasi berasingan di lokasi sama, seramai 34 Pati melibatkan 20 Myanmar, empat Bangladesh, lapan Indonesia dan masing-masing seorang warga India dan Pakistan ditahan, dipercayai tidak mempunyai pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas ditetapkan.

Mereka yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak mempunyai pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

“JIM Johor ingin mengingatkan pemilik premis dan majikan jabatan ini tidak akan berkompromi dengan pihak yang didapati melindungi Pati,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.373912 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list