CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7039|Reply: 1

[Terengganu] Berbuka puasa 'sekampung' rapatkan perpaduan penduduk Kampung Teluk Paku

[Copy link]
Post time 29-3-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Berbuka puasa 'sekampung' rapatkan perpaduan penduduk Kampung Teluk Paku


Oleh Zaid Salim - Mac 29, 2024 @ 8:42am bhnews@bharian.com.my






KUALA TERENGGANU: Lebih 300 penduduk pelbagai peringkat usia Kampung Teluk Paku, di sini, meneruskan tradisi berbuka puasa 'sekampung' kembali dirasai penduduk Kampung Teluk Paku, di sini, apabila lebih 300 komuniti pelbagai peringkat usia bersama-sama berbuka puasa di dataran kampung itu, semalam.

Tanpa membezakan fahaman politik, penduduk turut bergotong-royong menyediakan juadah sejak pagi sekali gus membuktikan program tradisi sejak 21 tahun lalu dapat mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Teluk Paku, Ayob Mamat, 64, berkata perpaduan erat di kalangan penduduk kampung berkenaan tanpa membezakan fahaman politik menjadikan Majlis Berbuka Puasa Sekampung yang diadakan 2003 lalu kekal sehingga kini.

"Setiap tahun program ini mendapat sambutan dari kalangan penduduk semua peringkat usia dan tahun ini jumlah kehadiran sangat memberangsangkan melebihi tahun sebelum ini.

"Sangat meriah kerana penduduk sudah berkumpul sejak pagi bergotong-royong menyediakan juadah sehingga masuk waktu berbuka.

"Sambutan daripada golongan muda juga sangat membanggakan dan berharap generasi akan datang dapat mengekalkannya supaya keharmonian dan perpaduan yang terjalin erat antara penduduk kampung kekal selamanya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyembelih seekor lembu untuk dijadikan juadah berbuka puasa selain hidangan tambahan seperti ayam pusing, ikan masin dan sambal belacan, tembikai dan kurma sebagai pencuci mulut serta minuman.

Penduduk, Tuan Muhammad Naim Tuan Alias, 27, berkata program berkenaan sangat bagus kerana ia dapat mengeratkan perpaduan sesama penduduk pelbagai peringkat usia.

"Golongan muda kampung ini juga sudah dilatih untuk menyokong aktiviti seperti ini dan berharap program ini diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Seorang lagi penduduk, Nor Sakira Ab Aziz, 31, berkata program berkenaan dapat menyatupadukan penduduk dan ia juga seharusnya dilakukan di kampung lain.

"Kehadiran penduduk semakin bertambah setiap tahun sekali gus menjadikan suasana berbuka puasa ini meriah dan berharap pada masa akan datang kampung lain pun turut dapat menganjurkan program seperti ini," katanya.



Penduduk Kampung Teluk Paku berkumpul untuk berbuka puasa pada Majlis Berbuka Puasa Sekampung di dataran kampung berkenaan. - Foto ZAID SALIM









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2024 10:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049317 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list