CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9526|Reply: 0

Pelbagai reaksi masa depan Pan Gon

[Copy link]
Post time 31-3-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sedih selepas skuad kebangsaan tewas kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Pelbagai reaksi diterima daripada netizen susulan berita mengenai kesediaan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon untuk meninggalkan skuad Harimau Malaya sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak lagi mahukan khidmatnya.

Ada kalangan penyokong yang mahukan jurulatih dari Korea Selatan itu supaya dapat terus mengemudi skuad kebangsaan namun ada juga yang menganggap 'masa' Pan Gon sudahpun berakhir.

Kelompok yang menyokong supaya Pan Gon terus kekal menganggap dua kekalahan di tangan Oman itu bukanlah salah Pan Gon dengan Irsha Shafika berkata bukan jurulatih tetapi pemain yang kurang berkualiti, begitu juga dengan Muhammad Hafiz menyatakan pandangan sama.

Arbain Hj Ahmad berkata Pan Gon masih relevan sementara Mohammad Yusri menyifatkan ia satu kerugian sekiranya FAM melepaskan Pan Gon memandangkan dia ada pencapaian dan prestasi skuad negara tidaklah begitu buruk.


Syah Radz pula bersetuju apabila menyatakan sudah tiba masanya Pan Gon meninggalkan skuad negara memandangkan dia ketandusan idea dan taktikal sekali gus FAM perlu memberi peluang kepada jurulatih lain.

Muhammad Syazwan Yusoff berkata setuju Pan Gon 'out' dan Zul Niin menyatakan lebih baik Pan Gon melatih pasukan ternama Asia yang lain dan berada pada ranking yang meyakinkan.

Terdahulu, beberapa media melaporkan kem skuad Harimau Malaya bakal menerima satu lagi tamparan selepas tumbang dua kali berturut-turut menentang Oman yang menyaksikan Malaysia terjerumus ke tangga ketiga Kumpulan D.

Ini susulan perkhabaran di mana barisan kejurulatihan yang diterajui Pan Gon dikatakan bersedia untuk meninggalkan skuad kebangsaan sekiranya khidmat mereka tidak lagi diperlukan FAM.

Menurut sumber, barisan kejurulatihan Pan Gon sudah menghantar surat kepada badan induk itu dan menuntut pampasan hanya tiga bulan sekiranya FAM membuat keputusan untuk menamatkan khidmat mereka.

Bagaimanapun, Pan Gon menerusi satu kenyataan menegaskan beliau akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontraknya berakhir pada hujung 2025 nanti.

Pan Gon turut menjelaskan beliau tidak menghantar apa-apa surat kepada badan induk itu yang menyatakan mahu meninggalkan skuad kebangsaan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -masa-depan-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.547371 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list