CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8763|Reply: 20

[Jenayah] KK MART KUANTAN KENA BAKAR

  [Copy link]
Post time 31-3-2024 07:16 PM | Show all posts |Read mode


      KO STAFF KENA BAKAR, MCM MNE?



[color=rgb(75 85 99/var(--tw-text-opacity))][size=1.875]Satu lagi insiden serangan bom di kedai KK Mart
[color=rgb(107 114 128/var(--tw-text-opacity))][size=0.875]Isabelle Leong & Hariz Mohd & NS Ramli
[size=0.875]Diterbitkan:  Mar 30, 2024 12:04 PM
[size=1.125]⋅

Dikemaskini: 1:44 PM






[backcolor=rgb(249 250 251/var(--tw-bg-opacity))][color=rgb(107 114 128/var(--tw-text-opacity))][backcolor=rgb(243 244 246/var(--tw-bg-opacity))][size=0.75]
[color=rgb(249 115 22/var(--tw-text-opacity))]13


[color=rgb(107 114 128/var(--tw-text-opacity))][backcolor=rgb(243 244 246/var(--tw-bg-opacity))][size=0.75]

[color=rgb(107 114 128/var(--tw-text-opacity))][backcolor=rgb(243 244 246/var(--tw-bg-opacity))][size=0.75]




[color=rgb(55 65 81/var(--tw-text-opacity))][size=1.25]
Satu lagi kejadian serangan bom membabitkan cawangan KK Super Mart dilaporkan berlaku awal pagi ini di Sungai Isap, Kuantan Pahang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus kedai serbaneka berkenaan sekitar jam 5.40 pagi.
"Berdasarkan laporan diterima, pengadu mendakwa terdapat individu tidak dikenali membaling molotov cocktail hingga menyebabkan kebakaran pada bahagian pintu masuk (karpet) kedai serbaneka itu.
"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja kedai berkenaan, seorang pekerja wanita berada di kaunter manakala seorang pekerja lelaki sedang menyusun barang di bahagian rak belakang," katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Dia memaklumkan, terdapat empat rak jualan dalam premis itu, termasuk barangan jualan mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.
"Kedai ini baru beroperasi kira-kira dua minggu dan pegawai penyiasat akan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai suspek dan kronologi kejadian.
"Pasukan forensik juga sudah ke lokasi bagi mengumpul bahan bukti untuk tujuan siasatan," katanya lagi.
Wan Mohd Zahari tidak menolak kemungkinan insiden itu mempunyai kaitan dengan isu penjualan stoking kalimah Allah di premis sama di ibu negara, baru-baru ini.


[backcolor=rgb(255 255 255/var(--tw-bg-opacity))][backcolor=rgb(249 250 251/var(--tw-bg-opacity))][size=0.65]ADS





Katanya, jumlah kerugian dianggarkan RM500 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Dia turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.
Api berjaya dikawal
Sementara itu, jurucakap Bomba Pahang berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 5.40 pagi.
"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bersama enam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik laporan diterima.

"Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, kebakaran sudah berjaya dikawal oleh orang awam menggunakan alat pemadam api," katanya.
Pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada punca-punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Operasi ditamatkan sekitar jam 6.10 pagi, selepas pasukan bomba berpuas hati dengan pemeriksaan dilakukan di sekitar premis itu.

[backcolor=rgb(255 255 255/var(--tw-bg-opacity))][backcolor=rgb(249 250 251/var(--tw-bg-opacity))][size=0.65]ADS





Dalam pada itu, komander operasi memaklumkan siasatan lebih lanjut akan dilakukan unit forensik bomba bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
"Anggaran peratusan kebakaran 1 peratus, tidak melibatkan stuktur bangunan dan tidak melibatkan mangsa," katanya.
Ini merupakan insiden serangan kedua membabitkan KK Mart selepas tercetus kontroversi jualan stoking yang mengandungi kalimah Allah.
Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak [color=rgb(59 130 246/var(--tw-text-opacity))]dibaling dengan bom petrol, kira-kira pukul lima pagi.
Bagaimanapun bom petrol itu jatuh di kawasan kosong di depan kedai itu, yang terletak di Jalan Mosi, dan tidak meletup.







https://www.malaysiakini.com/news/701154

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Uolssss Sila mencemar duli yachhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 sendiri yg buat.. Nak raih simpati dan nak memburukkan imej orang Islam
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Islam ni memang melampau-lampau lah, tak padan dengan bulan puasanya

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak sendiri yang buat.

Eh hello SB kepc mcDo yang teruk kena boikot itu tak ada lagi akak dengar kena bom atom ka, kena roboh ka
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Org apa yg jahat sgt ni.....mcm dah x de tuhan pulak berkuasa membalas...ko pulak yg lebih2 extreme ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2024 08:53 PM | Show all posts
POLIS TGH SIASAT
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
extremistnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2024 10:31 PM | Show all posts
Kalau babi pun boleh terbang tak kan lah KK Mart tak boleh bakar kedai sendiri.

- Lobai in denial (bukan nama sebenar)

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:35 PM | Show all posts
Dah kenapa kau berperangai seumpama isis?? Kalau terbakar kedai tu mau 2-3 pekerja x bersalah terbunuh...manusia2 bebal ni sila cepat2 pergi dr dunia ini semakkk

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la kena saman, kena bakar pula...ujian di bulan Ramadhan Karem
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan ukeer
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 12:21 AM | Show all posts
ni kat kawasan perumahan fully ummah meleis. acik2 bawang jumud, mat rempit, bohsia, kaki ketum, 420, and macam2 jenis meleis ada bersarang kat situ. so iols percaya ummah ni jugak yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mujur la tak kene staf...dah nape peel hangsuang sgt??
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 08:04 AM | Show all posts
Macam tu ghopernyer anggaran peratusan kebakaran 1 peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 10:15 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 1-4-2024 03:22 PM

Hehehehe ... Mana berani melayu melakukan aksi bakar KK Mart itu ...

Jangan lupa melayu itu faktanya adalah  PENGECUT dan NATO ... No Action Talk Only ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 31-3-2024 08:03 PM
Akak syak sendiri yang buat.

Eh hello SB kepc mcDo yang teruk kena boikot itu tak ada lagi akak de ...

Kannnn..... Tiba2 KKMart yang baru bukak pulak kena. Barangan pun 4 lajur je. Ada bau2 ikan di situ. Takpe, kita tunggu siasatan polis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 01:15 PM | Show all posts
sape pulak rajin nak main bom2 time pose2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 1-4-2024 10:15 AM
Hehehehe ... Mana berani melayu melakukan aksi bakar KK Mart itu ...

Jangan lupa melayu itu faktany ...

MELAYU SEPERTINYA ITU asalnya dr negara indon pak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Oreo diletakkan bersama² Colgate, bawahnya pulak cecair cuci pinggan dan shampo.
Awat tak susun sebelah cecair pencuci tandas?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.078447 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list