Satu lagi kejadian serangan bom membabitkan cawangan KK Super Mart dilaporkan berlaku awal pagi ini di Sungai Isap, Kuantan Pahang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus kedai serbaneka berkenaan sekitar jam 5.40 pagi.
"Berdasarkan laporan diterima, pengadu mendakwa terdapat individu tidak dikenali membaling molotov cocktail hingga menyebabkan kebakaran pada bahagian pintu masuk (karpet) kedai serbaneka itu.
"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja kedai berkenaan, seorang pekerja wanita berada di kaunter manakala seorang pekerja lelaki sedang menyusun barang di bahagian rak belakang," katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Dia memaklumkan, terdapat empat rak jualan dalam premis itu, termasuk barangan jualan mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.
"Kedai ini baru beroperasi kira-kira dua minggu dan pegawai penyiasat akan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai suspek dan kronologi kejadian.
"Pasukan forensik juga sudah ke lokasi bagi mengumpul bahan bukti untuk tujuan siasatan," katanya lagi.
Wan Mohd Zahari tidak menolak kemungkinan insiden itu mempunyai kaitan dengan isu penjualan stoking kalimah Allah di premis sama di ibu negara, baru-baru ini.
Dalam pada itu, komander operasi memaklumkan siasatan lebih lanjut akan dilakukan unit forensik bomba bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
"Anggaran peratusan kebakaran 1 peratus, tidak melibatkan stuktur bangunan dan tidak melibatkan mangsa," katanya.
Ini merupakan insiden serangan kedua membabitkan KK Mart selepas tercetus kontroversi jualan stoking yang mengandungi kalimah Allah.
Pada 26 Mac lalu, sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Bidor, Perak [color=rgb(59 130 246/var(--tw-text-opacity))]dibaling dengan bom petrol, kira-kira pukul lima pagi.
Bagaimanapun bom petrol itu jatuh di kawasan kosong di depan kedai itu, yang terletak di Jalan Mosi, dan tidak meletup.
Dah kenapa kau berperangai seumpama isis?? Kalau terbakar kedai tu mau 2-3 pekerja x bersalah terbunuh...manusia2 bebal ni sila cepat2 pergi dr dunia ini semakkk
ni kat kawasan perumahan fully ummah meleis. acik2 bawang jumud, mat rempit, bohsia, kaki ketum, 420, and macam2 jenis meleis ada bersarang kat situ. so iols percaya ummah ni jugak yg buat