CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3812|Reply: 1

[Tempatan] Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, arah siasat portal pro-PH undang kemurkaan Sultan Pahang

[Copy link]
Post time 1-4-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Fahmi arah siasat portal pro-PH undang kemurkaan Sultan Pahang

https://www.malaysiakini.com/news/701295

Diterbitkan:  Apr 1, 2024 10:55 AM
Dikemaskini: 10:55 AM



Sebuah portal berita pro-PH yang menimbulkan kemurkaan sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan disiasat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Ia susulan laporan portal Harapan Daily yang mendakwa Sultan Abdullah memberi amaran kepada PAS.

Walaupun Fahmi mahupun istana Pahang tidak menamakan portal itu, namun kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mej Jen Mohamed Zahari Yahya membangkitkan laporan bertajuk "Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS", yang disiarkan oleh Harapan Daily.

Menurut Bernama, Fahmi memberi jaminan tindakan sewajarnya juga akan diambil terhadap portal terbabit.

“Ini juga adalah peringatan kepada semua pihak tidak kira media elektronik, cetak, portal, mahupun platform media sosial agar tidak sesekali memandang remeh isu 3R (agama, kaum dan raja),” katanya.

Pada 22 Mac lalu, Harapan Daily melaporkan petikan ucapan Sultan Abdullah, yang dikongsikan di Tiktok.

Dalam ucapan itu, yang disahkan istana Pahang dibuat ketika sesi taklimat pembangunan daerah Maran dua hari sebelumnya, Sultan Abdullah bertitah bahawa "penyakit lama" harus dilarang di masjid.

Ini termasuk sembahyang dua imam dan mengisytiharkan orang lain sebagai kafir.

Sultan Abdullah tidak menyebut PAS secara khusus, seperti yang didakwa Harapan Daily dalam laporannya.

Bagaimanapun, amalan sembahyang dua imam sering dikaitkan dengan PAS suatu ketika dahulu.

PAS juga sering dituduh menggelarkan orang Islam lain sebagai "kafir".

Dalam kenyataan semalam, Sultan Abdullah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan portal berita terbabit.

Harapan Daily kemudian menarik balik artikel itu semalam dan memohon maaf kepada Sultan Abdullah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 03:29 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 1-4-2024 03:32 PM

Menarik .. apa yang nak dibuat odan diputuskan leh Raja Pahang ... yang juga adalah wakil Tuhan atau Rasul Allah di Pahang terhadap PH ...

Mengapa media pro PH itu X sedar diri  bahwa meghina atau membuar amarah rasul Allah itu sama juga dengan melakukan Dosa Besar yang X terampunkan ...bahkan boleh menjadikan mereka masuk golongan kaum KAFIR ... Hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.063262 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list