CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4093|Reply: 0

[Selangor] 2 wanita 50-an didakwa rompak berkumpulan bersenjata

[Copy link]
Post time 1-4-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ampang: Dua wanita berusia 50-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata terhadap seorang lelaki membabitkan wang tunai RM300,000, tiga minggu lalu.

Tertuduh, Zarina Sinin, 54, dan Safiah Ibrahim, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama lima lagi individu yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan dengan bersenjatakan objek menyerupai pistol dan penyembur lada terhadap mangsa, 27, dan mengambil wang tunai berjumlah RM300,000 miliknya.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan G1, Taman Melawati di Ampang dalam daerah Hulu Langat sekitar 1 tengah hari, 15 Mac 2024.


Oleh itu, kedua-dua penganggur itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan jaminan masing-masing RM15,000 terhadap kedua-dua tertuduh selain memohon supaya mereka melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Fadhli M Sutris yang mewakili Zarina menyifatkan cadangan nilai jaminan pihak pendakwaan terlalu tinggi dan memohon supaya nilai itu dikurangkan ke RM5,000.

"Anak guam tidak bekerja dan hanya bergantung dengan bantuan anak-anak serta wang simpanan.

"Tertuduh juga memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang siasatan dan hadir ke mahkamah secara sukarela pada hari ini. Justeru, tiada risiko tertuduh melarikan diri," kata peguam itu.

Sementara itu, Safiah yang tidak diwakili peguam merayu supaya dibenarkan jaminan minimum memandangkan tidak mempunyai pendapatan dan sekadar bergantung dengan bantuan anak-anaknya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Wan Mohd Norisham menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 24 Jun ini bagi sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam bagi Safiah.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan tiga wanita ditahan selepas disyaki terbabit kes samun membabitkan urus niaga emas hingga kerugian RM300,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kumpulan-bersenjata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.092734 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list