CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4286|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Kes demam denggi meningkat, empat kematian direkodkan

[Copy link]
Post time 1-4-2024 02:21 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,041 kes pada Minggu Epidemiologi ke-12 (ME12) iaitu dari 17 hingga 23 Mac lalu, berbanding 2,905 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan, berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME12 adalah sebanyak 41,565 kes berbanding 26,222 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Terdapat 28 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023," katanya.


Dr Muhammad Radzi berkata, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME12 adalah sebanyak 141 lokaliti berbanding 161 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, daripada 141 lokaliti dilaporkan, Selangor mencatatkan 118 lokaliti diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (13), Pulau Pinang (enam), Perak (dua) serta masing-masing satu lokaliti di Negeri Sembilan dan Johor.

Dr Muhammad Radzi berkata, bagi survelan chikungunya, terdapat empat kes direkodkan pada ME12 dan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini adalah 13 kes.

Beliau berkata, terdapat dua wabak chikungunya dilaporkan pada ME12 manakala bagi survelan zika sebanyak 568 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dengan hasil kesemuanya adalah negatif.

Dr Muhammad Radzi berkata, musim perayaan menyebabkan pergerakan masyarakat meningkat seterusnya meningkatkan risiko berlakunya peningkatan jangkitan demam denggi.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya memastikan tiada bekas yang boleh menakung air di dalam dan di luar rumah serta menutup semua bekas yang menyimpan air dengan rapat sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dan bercuti. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... kematian-direkodkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 07:44 PM | Show all posts
kena galakkan mosquitoes with wolbachia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.066109 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list