CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4017|Reply: 1

[Tempatan] STR Fasa 2 dibayar 3 April ini

[Copy link]
Post time 1-4-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN

1 April 2024, 10:16 am





PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada 3 April ini kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa meneruskan bantuan STR di mana jumlah penerima ditambah kepada 9 juta pada 2024 yang memanfaatkan sebanyak 60 peratus rakyat dewasa.

“Peruntukan STR pada 2023 berjumlah RM8 bilion iaitu tambahan pada sebelumnya, (manakala) pada 2024, jumlahnya ialah sebanyak RM10 bilion.


“Itu geran secara langsung kepada rakyat, maknanya secara maksimum. Kalau 2023, jumlahnya sebanyak RM3,100 satu keluarga, pada 2024, ia sebanyak RM3,700 setiap keluarga,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bantuan STR untuk golongan bujang juga meningkat pada tahun ini berbanding 2023 dengan menyaksikan peningkatann daripada RM350 kepada RM500.

“Jadi, Fasa 1 sudah bayar pada Januari sebanyak RM500, Insya-Allah Fasa 2 akan dibayar pada 3 April 2024.

“Itu pun sudah ditingkatkan daripada RM1.26 bilion kepada RM1.5 bilion,” katanya.

Sebelum ini, pembayaran STR Fasa 1 telah diagihkan kepada 8.2 juta penerima yang disalurkan menerusi pengkreditan ke dalam akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional secara berperingkat.

Bagi kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, mereka menerima sebanyak RM500, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000, penerima layak menerima RM100 hingga RM300.


Penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula masing-masing menerima sebanyak RM150 dan RM100. -KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 11:43 PM | Show all posts
Syukurrrr........Msia masih aman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058707 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list