CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13275|Reply: 0

[Jenayah] KK Mart di Kuching Sarawak diserang 'molotov cocktail'!

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 1-4-2024 11:36 PM

KK Mart ke-3 diserang ‘molotov cocktail’


Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah berkata kejadian di KK Super Mart di Jalan Satok, Kuching, Sarawak itu menyebabkan satu kotak air minuman yang diletakkan di hadapan kedai terbakar.


PETALING JAYA: Sebuah kedai KK Super Mart di Kuching, Sarawak dibaling ‘molotov cocktail’ semalam, kejadian ketiga membabitkan rangkaian kedai serbaneka tersebut.Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada pekerja kedai berkenaan yang terletak di Jalan Satok.

“Kejadian itu menyebabkan kebakaran satu kotak air minuman yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka berkenaan yang terbakar.“Kebakaran itu dipercayai akibat dibaling botol kaca mengandungi minyak tanah dan kain berwarna kuning,” katanya.


Ahsmon berkata pihaknya sedang giat mencari suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.Beliau juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian itu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Ceremona Nasim di talian 013-8554168 atau datang ke balai polis berhampiran.

Sabtu lalu, bahagian pintu masuk sebuah cawangan KK Mart di Kuantan, Pahang rosak akibat terbakar dipercayai akibat dibaling “molotov cocktail”.Polis berkata, kejadian itu menyebabkan empat rak jualan, termasuk barang jualan mengalami kerosakan akibat terkena percikan api, dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.Pada 26 Mac lalu, satu objek dipercayai bom petrol dilaporkan dibaling di satu cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Perak.Bagaimanapun, bom itu yang baling di hadapan kedai berkenaan tidak meletup.KK Mart diselubungi kontroversi selepas beberapa gambar stoking tertera kalimah Allah yang ditemui di KK Mart Bandar Sunway tersebar di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan orang Islam dan desakan boikot oleh Pemuda Umno.

Syarikat itu sudah memohon maaf dan menyatakan kekesalan berhubung insiden tersebut.Pengasas KK Mart dan isterinya, serta tiga pengarah syarikat yang mengedar stoking berkenaan juga telah didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di Shah Alam atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.Bagaimanapun, semua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

p/s wow x sangka negeri paling harmony pun ada juga kena attack...ambil kesempatan atau kempen dr akmal berjaya?

sumber : fmt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048565 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list